Connect with us

Sukan

Pemergian Sathianatan satu kehilangan besar buat negara – Rakan

SHAH ALAM: Sikap serius dan tegas dalam membimbing pasukan serta mesra di luar gelanggang adalah antara sikap yang dimilki bekas jurulatih Harimau Malaya, mendiang B. Sathianathan.

Pemergian pada usia 65 tahun akibat kanser semalam amat dirasai oleh rakan dan kenalan rapat mendiang yang menyifatkannya sebagai sukar dicari ganti dalam arena bola sepak negara.

Rata-rata rakan dan kenalan rapat Sathianathan serta peminat sukan itu hadir memberikan penghormatan terakhir kepada mendiang di kediamannya, di sini, hari ini, sebelum upacara persemadian pada jam 2 petang esok di Taman Peringatan Nirvana, di sini.

Berkongsi kisah bersama Santhianthan ialah bekas jurulatih skuad Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal yang menyimpan banyak kenangan khususnya semasa bermain bola ketika usia muda dan mendiang dikenali sebagai seorang yang mempunyai semangat yang tinggi untuk mengangkat sukan ini.

Advertisement

“Mendiang serius dalam menguruskan tugasnya dan apabila masa lapang, kami kembali normal seperti kawan. Beliau seorang yang bertekad dan kita boleh lihat bagaimana beliau melatih pasukan seperti Felda United sebelum ini,” katanya kepada pemberita selepas memberi penghormatan terakhir kepada mendiang.

Antara rakan yang turut hadir ialah Ketua Jurulatih Skuad Bawah 23 (B-23) Tahun kebangsaan E. Elavarasan dan bekas penjaga gol negara, Syed Adney Syed Hussein.

Elavarasan pula berkata mendiang yang pernah bekerjasama bersama semasa beliau menjadi jurulatih Sarawak United itu mempunyai keperibadian yang sangat dihormatinya.

“Beliau mempunyai watak yang amat menarik dan banyak membantu memberi bimbingan serta berpengalaman luas dan seorang yang melaksanakan tanggungjawab dengan teratur,” katanya.

Syed Adney merupakan bekas penjaga gol di bawah kendalian mendiang pula menyifatkan kepercayaan tinggi diletakkan Sathianathan kepada beliau menjadi titik tolak kepada kejayaannya dalam sukan bola sepak sehingga ke hari ini.

Advertisement

“Sekarang saya dah bergelar jurulatih dan saya harap dapat curahkan segala ilmu diturunkannya untuk pemain di bawah kendalian saya,” katanya sambil menahan sebak.

Sathianathan meninggal dunia selepas setahun bertarung dengan penyakit kanser. -Bernama

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel