Connect with us

Global

Teringin tinggal dalam kubur, “prank challenge” dalam kubur akhirnya makan diri

Mempersendakan kubur adalah tindakan yang sangat tidak menghormati dan tidak sopan terhadap orang yang telah meninggal dunia.

Terdapat sebuah video yang dimuat naik oleh @ar.rayyan.channel di halaman TikTok memaparkan dua orang lelaki mengebumikan diri sendiri dengan pertolongan penduduk kampung kemungkinan mahu merasa perasaan tinggal di dalam tanah atau kubur.

Lokasi kejadian dan masa tidak dinyatakan tetapi kejadian itu berlaku seperti di luar negara. Dapat dilihat mereka sudah menyediakan segala barang keperluan di dalam ‘kubur’ seperti lampu, kipas, tilam, dan lubang ruang udara dari luar supaya boleh bernafas. Pada hari pertama, mereka masih bersuka ria sambil menari kegembiraan.

Bagaimanapun, pada malam hari, lokasi ‘kubur’ mereka ditimpa angin yang sangat kuat disusuli hujan lebat. Penduduk kampung mula meletak khemah di atas ‘kubur’ mereka, namun, ia masih tidak mencukupi untuk menghalang air hujan masuk ke dalam ‘kubur’ mereka.

Advertisement

Penduduk kampung kelihatan panik dan mula bertindak pantas menggali ‘kubur’ mereka dan sehingga akhirnya mereka berjaya keluar. Di penghujung video, dapat dilihat lelaki yang tiggal di dalam ‘kubur’ itu sedang duduk di kerusi roda sambil ditolak oleh rakannya di hospital dan dia kelihatan hanya mengalami cedera ringan.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen tidak setuju dengan perbuatan mereka kerana menganggap ianya hanya memudaratkan diri sendiri.

“Dia nak cabar siapa sebenarnya Tu?” kata Shaifulkhaar.

“Nasib air hujan tu tak menyebabkan diorang kena renjatan eletrik, siap bawa masuk kipas lagi,” kata Niel Adam.

“Nasib orang atas tak lari balik,” kata ItsMe ShahzZ.

Advertisement
@ar.rayyan.channel Jangan main-main dengan perkara yang tak sepatutnya #prank #prankgonewrong #islamituindah #nasihat #peringatanbersama ♬ Yasir Lana – arief akdw

Sumber: TikTok @ar.rayyan.channel

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel