Connect with us

Politik

PRK Kemaman: Samsuri Menang Dengan Majoriti Lebih 37k Undi

Calon PAS, Datuk Seri Ahmad Samsuri Moktar memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman, sekali gus mempertahankan kerusi dimenangi parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Menteri Besar Terengganu itu menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor.

Ahmad Samsuri berjaya meraih 64,998 undi, manakala Raja Mohamed Affandi mendapat 27,778 undi sekali gus merekodkan majoriti 37, 220.

Sebanyak 428 undi rosak dan 35 kertas undi tidak dikembalikan.

Advertisement

Peratusan keluar mengundi adalah 65.76 peratus.

Setiausaha Agung Umno, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki turut mengucapkan tahniah atas kemenangan besar PAS di kerusi berkenaan.

“Tahniah PAS atas kemenangan besar di Parlimen Kemaman. Ini bermakna Perikatan Nasional (PN) kekal mempertahankan 69 kerusi Parlimen ketika ini.

“Manakala Kerajaan Perpaduan kekal didukung 152 ahli Parlimen. Tiada apa-apa perubahan kepada Kerajaan Perpaduan,” katanya menerusi Facebook.

Asyraf berkata, selepas PRK itu, parti boleh memberikan fokus kepada segala usaha membela kebajikan rakyat dan memacu kembali ekonomi negara.

Advertisement

“Buat semua pengundi setia BN, terima kasih banyak kerana masih meyakini perjuangan (parti) ini.

“Buat seluruh jentera BN seluruh negara yang bertungkus-lumus di Kemaman selama lebih 14 hari, sekalung penghargaan setingginya atas usaha dan ikhtiar,” katanya.

Untuk rekod, kerusi Parlimen Kemaman sebelum ini diwakili BN menerusi Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek selama tiga penggal, sebelum bertukar tangan kepada Che Alias pada PRU14.

Pada PRU15, Che Alias berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Kemaman apabila menewaskan bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said dengan memperoleh majoriti sebanyak 27,179 undi.

Che Alias memperoleh undi 65,714 undi, manakala Ahmad mendapat 38,535 undi. Bagaimanapun, kemenangan Che Alias terbatal selepas Mahkamah Pilihan Raya pada 26 September lalu menerima petisyen difailkan calon BN, Wan Mohamad Hisham Wan Abdul Jalil.

Advertisement

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu merangkap Hakim Pilihan Raya, Anselm Charles Fernandis menerima dakwaan pempetisyen di dalam Petisyen Pilihan Raya bahawa terdapat sogokan di beberapa majlis rasmi Kerajaan Negeri Terengganu.

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel