Connect with us

Global

Semua suspek kes rogol pelancong Sepanyol bergilir-gilir di India ditangkap

Sekumpulan lelaki dituduh menyerang dua pelancong asing dan merogol mangsa wanita secara bergilir-gilir di negeri Jharkhand, India.

Polis menemukan pasangan warga Sepanyol itu kira-kira 11 malam waktu tempatan pada Jumaat di tepi jalan dalam keadaan cedera akibat dipukul, kata Superintendan Polis Dumka, di timur India, Pitamber Singh Kherwar.

Pasangan berkenaan, yang memperkenalkan diri sebagai Vicente dan Fernanda kepada stesen televisyen Sepanyol, Antena 3, dalam temu bual menerusi video pada Sabtu, mendakwa Fernanda dirogol dan Vicente dipukul berulang kali.

Pasangan berkenaan sebelum ini menyiarkan video menceritakan apa yang berlaku dalam akaun Instagram bersama mereka, di mana ia memaparkan imej mengenai pengembaraan mengelilingi dunia menunggang motosikal kepada hampir 200,000 pengikut, tetapi video berkenaan sudah dikeluarkan.

Advertisement

Difahamkan, pengalaman menakutkan itu menimpa pasangan berkenaan selepas mereka sudah mengembara ke 63 negara dan menempuh perjalanan sejauh 170,000 kilometer.

Vicente dan Fernanda, yang tampil dengan muka yang cedera, berterima kasih kepada pengikut mereka atas sokongan yang diberikan.

Terkini menurut laporan Sinar Harian Polis India telah menahan semua suspek terbabit dalam kes rogol tersebut.

Polis di negeri timur Jharkhand sebelum ini menangkap tiga suspek selepas serangan kejam itu, yang berlaku di daerah Dumka, pada malam 1 Mac lalu.

Lima lagi lelaki kini ditangkap, menjadikan jumlah keseluruhan suspek kepada lapan orang.

Advertisement

Mereka berusia antara 18 hingga 25 tahun, kata polis pada Selasa.

Mereka dilapor mengikat si suami dan bergilir-gilir merogol wanita terbabit selama kira-kira dua jam selepas pasangan itu memasang khemah untuk bermalam di kawasan Hansdiha, kira-kira 300 kilometer dari ibu negeri Ranchi.

“Mereka memukul kami dan merompak kami, walaupun tidak banyak perkara (diambil) kerana apa yang mereka mahu ialah merogol saya,” kata wanita itu yang mempunyai dua kewarganegaraan iaitu Sepanyol dan Brazil berusia 28 tahun, dalam catatan Instagram.

“Mereka meletakkan pisau di leher saya dan memberitahu akan membunuh saya,” kata lelaki itu.

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Advertisement

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel