Connect with us

Sukan

Bruno Suzuki penyerang import PDRM FC sah peluk Islam

KUALA LUMPUR: Penyerang import PDRM FC, Bruno Suzuki (gambar) sah memeluk Islam di Masjid Pusat Latihan Polis (PULAPOL), di sini, hari ini.

Pemain kacukan Jepun-Brazil itu telah mengucapkan dua kalimah syahadah pagi tadi di hadapan Ustaz Arif M. Rajoli.

Detik tersebut turut disaksikan Komandan PULAPOL Kuala Lumpur SAC Noor Hisam Nordin, Timbalan Komandan (Kepolisan Am) PULAPOL Kuala Lumpur Supt. Razali Mohamed Shahid, barisan pengurusan, jurulatih dan rakan sepasukannya.

“Alhamdulillah dengan syukur ke hadrat Allah SWT ingin mengumumkan bahawa pemain PDRM FC, Bruno Suzuki telah memeluk agama Islam. Sesungguhnya hidayah itu milik Allah. Allahuakbar,” menurut hantaran di laman Facebook PDRM FC.

Advertisement

Selain PDRM FC, Suzuki yang mula mewarnai kancah Liga Malaysia pada 2017 pernah menyarung jersi Negeri Sembilan FC, Terengganu FC dan Terengganu FC II.

Penyerang berusia 33 tahun itu setakat ini telah menjaringkan empat gol dalam saingan Liga Super musim 2023. -Bernama

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel