Connect with us

Terkini

Pasangan kekasih sakan berpelukan ketika menunggang motosikal di jalan raya

Tular sebuah video memaparkan dua individu dipercayai pasangan kekasih telah dirakam sedang berpelukan ketika menunggang motosikal di sebuah jalan raya pada Rabu lalu.

Dipetik daripada laporan Majoriti, setakat ini, lokasi kejadian dan punca belum diketahui tetapi jika melihat raut wajah perempuan itu mendapati seperti sedang bersedih sehingga mengundang pelbagai persoalan daripada netizen. Tak kurang juga ramai yang menganggap itu hanyalah drama percintaan mereka.

Video tersebut telah dimuat naik di laman Twitter dan telah menjadi bualan ramai serta tidak bersetuju dengan perbuatan itu kerana boleh menyebabkan kemalangan jalan raya.

Jumlah tontonan video itu telah mencapai sebanyak 20,000. Ramai yang berpendapat supaya pihak polis mengambil tindakan terhadap kedua-dua individu terbabit.

Advertisement

“Hang (awak) kalau tak boleh buat macam ini, hang tak ‘king’, naik RXZ bawa awek lagu (macam) itu.

“Ini memang ‘champion’ namanya,” ujar si perakam dalam loghat utara yang memberi petunjuk kemungkinan besar kejadian itu berlaku di utara tanah air.

“Ini memang cari nahas, berpelukan atas motosikal macam negara tak ada undang-undang, tunggu masa kena tahan polis,” jelas Umar Mokhtar.

“Bahaya kes macam ini, kalau kemalangan dia libatkan pemandu lain bukan mereka sahaja, harap polis ambil tindakan segera,” kata Amni Zulaikha pula.

Untuk pengetahuan, kesalahan menunggang secara berbahaya boleh ditahan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun dan denda tidak kurang daripada RM5,000 manakala tidak lebih daripada RM15,000.

Advertisement

Selain itu, pelaku juga akan hilang kelayakan daripada memegang atau mendapatkan lesen memandu selama tempoh tidak kurang dua tahun daripada tarikh sabitan.

Namun, sehingga kini, masih belum ada sebarang kenyataan polis berhubung kes tersebut dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta hadir ke balai untuk membuat laporan.

Sumber: Majoriti

Video dua individu saling berpelukan ketika menunggang motosikal di sebuah jalan raya

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Advertisement

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel