Seorang lelaki tergamak membunuh rakannya sendiri dengan kejam gara-gara dendam. Lebih kejam, dia turut bertindak memotong badan mangsa sehingga menjadi beberapa bahagian dengan alasan yang tidak perikemanusiaan.
Pembunuhan sadis itu bermula apabila suspek yang merupakan rakan kongsi mangsa di sebuah kedai perabot berniat membunuh Rohmadi kerana ingin membalas dendam.
Suspek yang Bernama Suyono, 50, dari Laweyan, Jawa Tengah, Indonesia membunuh mangsa, Rohmadi, 51, dengan cara memukul kepalanya dengan menggunakan paip besi sebanyak tiga kali sehingga mangsa mati.
Akibat berasa takut dan terdesak mahu menghapuskan bukti, suspek bertindak memotong tubuh mangsa kepada enam bahagian menggunakan pisau sepanjang 30 sentimeter.
Kemudian, pakaian dan bahagian badan mangsa kemudiannya dimasukkan ke dalam empat beg plastik yang telah disediakan untuk dilupuskan secara berasingan.
“Sebenarnya saya tidak terfikir untuk memotongnya, sebab susah jadi saya potong-potong,” kata Suyono ketika ditemu bual pada sidang media di Balai Polis Sukoharjo, Selasa lalu.
Ketika memotong badan mangsa, dia mengaku berasa takut dan menggeletar kerana tidak pernah melakukan perbuatan sedemikian sebelum ini.
“Saya takut ketahuan, jadi saya potong. Kemudian saya baling (mayat) di tiga tempat untuk hilangkan bukti,” katanya.
Difahamkan, dua hari sebelum pembunuhan, suspek sudah pun menyediakan paip besi sepanjang 70 sentimeter untuk membunuh mangsa dan karung plastik untuk membungkus mayat mangsa.
Polis turut merampas bukti seperti motosikal mangsa, besi paip berukuran, pisau pemotong, topi keledar hitam, kemeja-T pendek dan seluar jeans milik suspek.
Atas perbuatannya itu, suspek akan didakwa dan jika disabit kesalahan, suspek akan berdepan dengan hukuman mati.
Sumber: Tribun Jateng
Video pengakuan Suyono di sidang media
Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI
Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video
Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI