Connect with us

Sukan

Tabares Akui Tumbukan Jojo Lebih Padu Berbanding Rodtang, Menusuk Dari Hati Hingga Ke Perut

Ketika siaran langsung di Facebook, Edgar Tabares, yang tewas kepada Johan Ghazali dalam pertarungan Muay Thai ONE Championship tempoh hari, mengakui bahawa tumbukan Jojo sangat kuat dan padu.

Tabares pada mulanya sedang bercakap dalam bahasa Latin, kemudiannya ketika dia bertemu dengan beberapa orang peminat, mereka mula menggunakan bahasa Inggeris.

Semasa berbual dengan mereka, Tabares memberikan komen mengenai perlawanannya dengan Jojo. Dia berkata, pukulan Jojo yang menyebabkan dia tewas itu mengenai kawasan dekat hatinya dan dia merasakan kesan pukulan itu sehingga ke perutnya.

“Pukulan ‘knockout’ (KO) itu terkena berhampiran dengan hati sehingga terasa sampai ke perut.”

Advertisement

Tabares mengakui bahawa Jojo adalah seorang peninju yang sangat kuat. Dia berkata, secara jujur, pukulan Jojo lebih keras dan padu daripada Rodtang.

Difahamkan Rodtang merupakan idola Jojo sendiri dalam dunia muay Thai. Sebelum ini Rodtang telah mengalahkan Tabares pada pusingan kedua tetapi Jojo hanya memerlukan 36 saat.

“Jojo menunjukkan kekuatan lebih hebat berbanding Rodtang, walaupun Rodtang dianggap sebagai idola Jojo.

“Rodtang mengalahkan saya pada pusingan kedua, tetapi Jojo hanya memerlukan masa 36 saat sahaja” katanya lagi.

Kemudian, salah seorang peminat itu bertanya lagi “Adakah dia akan menjadi bintang besar?”

Advertisement

Tanpa teragak-agak, Tabares yang juga Juara Muay Thai Antarabangsa WBC menjawab “Ya, tentu saja”.

“Jojo jelas mempunyai potensi, kemahiran, ketahanan. Semuanya ada. Saya harap dia akan terus merendah diri dan berjaya membawa nama baik negara.”

Terdahulu, bintang dari Mexico Edgar Tabares ditewaskan dalam tempoh hanya 36 saat ketika pertarungan di Stadium Tinju Lumpinee di Bangkok, Jumaat lalu oleh petarung muay Thai Malaysia, Johan ‘Jojo’ Ghazali.

Dalam pertarungan mendebarkan itu, tumbukan Jojo berjaya menepati wajah dan rusuk Edgar sebelum lawannya terduduk dalam gelanggang.

Akibat tumbukan padu itu, Edgar kelihatan tidak mampu bangkit sebelum pertarungan ditamatkan sekali gus memberi kemenangan secara ‘knockout’ (KO) kepada Jojo.

Advertisement

Dengan wajah gembira, Jojo menyatakan perasaaan syukur atas kejayaan diperolehinya pada kejohanan antarabangsa itu.

“Alhamdullilah… Terima kasih Allah untuk segala-galanya dan perlawanan ini amat menakjubkan serta banyak lagi pertarungan besar akan datang bakal saya hadapi.

“Nama saya (Johan) dan dalam bahasa Melayu bermakna juara. Saya bekerja keras dan terima kasih penyokong Malaysia dan terima kasih penyokong Thailand serta keluarga saya.

“Saya akan meneruskan misi untuk menjadi juara termuda One Championship Muaythai,” katanya.

Sebelum ini, Jojo berjaya melakar sejarahnya tersendiri selepas berjaya mendapatkan kontrak ONE Championship Thailand bernilai AS$100,000 (RM467,000).

Advertisement

Ini berikutan selepas kejayaan Jojo menumpaskan petinju Rusia, Temirlan Bekmurzaev secara KO pada ONE Championship Thailand.

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel