Seorang lelaki ditahan polis kerana telah membunuh teman wanitanya di rumah mereka diami bersama di Jalan Demang Akub, Kampung Sungai Bulan, Daerah Singkawang Utara, Kalimantan Barat, Indonesia pada pagi Ahad lalu.
Dipetik daripada laporan Tribun Sengkawang, Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Singkawang, Sihar Binardi Siagian berkata, berdasarkan soal siasat ke atas suspek bernama Johansyah, 28, kejadian bermula apabila suspek bertengkar dengan mangsa bernama Novita Fitrisia,28, dalam perjalanan ke rumah mereka.
“Pada pukul 5.00 pagi, mangsa dijemput pulang oleh suspek setelah bekerja dan semuanya bermula ketika mereka dalam perjalanan pulang, mangsa memarahi dan membelasah suspek,” katanya.
Kemudian setibanya di rumah, kedua-duanya masih bertengkar sehingga menyebabkan suspek naik berang dan akhirnya suspek bertindak mengambil pisau dapur lalu menikam perut mangsa.
“Pelaku turut kelar leher mangsa sehingga mangsa mati,” kata Sihar.
Tidak sampai 24 jam, Polis Singkawang berjaya menahan suspek apabila suspek datang sendiri ke Balai Polis Singkawang Utara untuk menyerah diri dan melaporkan kes pembunuhan itu. Kini, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Kota Singkawang. Manakala, suspek telah ditahan ke Ibu Pejabat Polis Daerah Singkawang, Kalimantan Barat untuk siasatan lanjut.
“Setibanya di lokasi, mayat seorang wanita ditemui dalam keadaan berlumuran darah. Tambahan pula, pengecaman keadaan mayat mendapati dua luka di perut dan satu luka terbuka di leher mangsa.
“Daripada hasil pemeriksaan awal, suspek mengaku sakit hati dengan mangsa yang sering melakukan keganasan, mabuk dan curang.
“Hubungan suspek dan mangsa sebenarnya bukanlah suami isteri, tetapi menurut penduduk setempat mereka mengaku bahawa mereka adalah pasangan suami isteri dan tinggal serumah supaya tiada syak wasangka. Mereka hanyalah bercinta tetapi didapati tinggal serumah kira-kira dua tahun lalu,” katanya lagi.
Menurut salah seorang penduduk, ketika kejadian, dia terdengar suara jeritan meminta tolong dari seorang wanita dipercayai Novita. Namun, penduduk itu tidak berani datang dekat ke rumah Novita kerana Johansyah pernah memarahi penduduk di situ kerana masuk campur ketika pasangan itu bertengkar suatu ketika dahulu.
Sumber: Pontianak Times, Tribun Singkawang dan Silampari Stream
Video lelaki ditahan gara-gara bunuh teman wanita
Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI
Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video
Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI