“Saya setuju sepenuhnya dengan apa yang orang kata pada saya.
“Sudah tentu saya jadi diktator selama 22 tahun, yang mahu orang lain setia secara mutlak pada saya.
“Majlis Tertinggi Umno dan kabinet agak dungu dan saya seorang saja yang bercakap. Mereka hanya angguk kepada dan kata ya,” sindirnya.
“Misterinya bagaimana saya berjaya dipilih lima kali. Tetapi kini kita tahu bahawa perdana menteri yang dipilih juga boleh jadi diktator,” katanya.
Mahathir meletakkan jawatan pada 2003 dan memberi laluan kepada penggantinya Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Beliau kemudian bertukar pendirian dan mengakui membuat pilihan salah.
Beliau terus lantang mempersoalkan pentadbiran perdana menteri sehingga sekarang, melibatkan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak. – Malaysiakini