Connect with us

Global

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan maut selepas terjatuh ke dalam jurang berkedalaman 100 meter.

Menurut laporan Jatim iNews, kejadian tragis itu terjadi ketika mangsa yang berusia 31 tahun bersama suaminya, 32, mendaki Gunung Berapi Ijen yang terletak di Banyuwangi pada Sabtu lalu.

Ketua Polis Licin, AKP Djunaedi berkata operasi menyelamat mangsa berdepan kesukaran berikutan bentuk muka bumi gunung itu yang curam.

“Mangsa berjaya diselamatkan selepas dua jam operasi menyelamat dilakukan.

Advertisement

“Kawasan itu sememangnya curam dengan kecerunan sekitar 90 darjah,” katanya.

Difahamkan, pasangan tersebut ditemani pemandu pelancong tempatan bagi menyaksikan matahari terbit dari pinggiran gunung berapi selepas melihat fenomena api biru di bibir kawah berkenaan.

Sewaktu tiba di puncak berkenaan, mangsa sempat berswafoto di bahagian akar pokok berlatarbelakangkan pemandangan matahari terbit.

Bagaimanapun, malang tidak berbau apabila dia dipercayai tergelincir ketika bergerak ke belakang lalu jatuh ke jurang gunung itu.

Susulan itu, suami mangsa dan pemandu pelancong segera meminta pertolongan pasukan penyelamat untuk menyelamatkan mangsa.

Advertisement

Mangsa kemudiannya dibawa ke Rumah Sakit Umum Daerah (RSUD) Blambangan untuk proses bedah siasat.

“Selepas proses bedah siasat selesai, mayat mangsa dibawa ke RSUD Sanglah, Denpasar Bali untuk dibawa pulang ke negaranya,” kata Djunaedi.

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video

Advertisement

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel