Connect with us

Global

Wanita tergamak heret mayat bapa saudara masuk bank semata-mata untuk sain permohonan pinjaman

Seoranbg wanita Brazil ditahan selepas bertindak membawa masuk mayat seorang lelaki dengan berkerusi roda ke dalam sebuah bank di negara itu, selepas dipercayai cuba melakukan penipuan.

Dalam kejadian di Bangu, Rio De Janeiro, wanita tersebut didakwa mengheret mayat bapa saudaranya yang sudah pucat menghampiri kaunter.

Melihat tingkah laku wanita tersebut yang mencurigakan, seorang kakitangan bank bertindak merakam kejadian berkenaan.

Berdasarkan video yang tersebar di media sosial, suspek, Erika de Souza Vieira bertindak cuba mengambil kesempatan ke atas warga emas itu untuk menandatangani dokumen perjanjian permohonan pinjaman bernilai lebih RM16,000.

Advertisement

Seolah-olah sedang berbicara dengan suspek, Erika memegang pen dan cuba menggerakkan tangan Paulo Roberto Braga, namun tiada sebarang respons ditunjukkan lelaki itu.

“Pakcik, dengar tak ? Pakcik harus menandatangani (dokumen),” katanya.

Pihak polis kemudian datang ke bank sebelum mengesahkan warga emas berusia 68 tahun itu sebenarnya telah meninggal dunia beberapa jam sebelum kejadian.

Hasil siasatan awal mendapati, mayat tersebut adalah bapa saudaranya yang dijaga dan dirawat semasa lelaki itu hidup.

Polis bagaimanapun masih menyiasat status hubungan Erika dan Paulo, selain mengesahkan waktu dan lokasi sebenar kematian. — Agensi

Advertisement

Sumber: Terjemahan NUR IFTITAH ROZLAN (MAJORITI)

@katyaalnawafleh

متداول من البرازيل

♬ original sound – katyaalnawafleh

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Advertisement

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel