BEREBUT ANAK SAMPAI PARAH KEMALANGAN

0
35

TINDAKAN lelaki mengejar bekas isterinya dengan
kereta dipercayai akibat masalah perebutan anak menyebabkan kejadian lebih
buruk apabila kereta dipandu mereka terbabit kemalangan yang turut menyebabkan
sebuah lagi kereta dirempuh di Titi Gajah, Alor Setar, hari ini.
Dalam kejadian 2 petang itu, Jafrul Nizam Jaafar,
38, bekas isteri, Marziana Mahadzir, 37, anak mereka, Muhammad Mikhail Jafrul
Nizam, 5, dan pemandu kereta lain, Faizal Baharom, 36, cedera parah.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Setar,
Superintendan Yazri Ismail berkata kepada Harian Metro, siasatan awal mendapati kemalangan itu
berlaku dari Titi Gajah menghala ke Kepala Batas.
Beliau berkata, keterangan orang awam memberitahu
ia berpunca apabila Perodua Myvi dipandu Jafrul mengejar Perodua Myvi dipandu
bekas isterinya.
Menurutnya, lelaki itu kemudian menghimpit kereta
bekas isterinya di sebelah kanan menyebabkan ia terbabas ke pembahagi jalan
sebelum melanggar sebatang pokok.
“Kereta lelaki itu turut hilang kawalan dan
merempuh sebuah Proton Saga FLX menyebabkan kereta itu terbalik dan merintangi
jalan sementara Perodua Myvi itu terbabas di sebelah kiri sebelum merempuh
pagar Kuarters Jabatan Meteorologi Malaysia.
“Mangsa yang cedera parah dihantar ke Hospital
Sultanah Bahiyah (HSB) untuk menerima rawatan,” katanya.
Yazri berkata, siasatan lanjut dijalankan mengikut
Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Proton Saga FLX remuk teruk selepas dirempuh
Perodua Myvi emas dalam kejadian kemalangan di Titi Gajah, Alor Setar.
Kereta Proton Myvi emas yang merempuh pagar
Kuarters Jabatan Meteorologi Malaysia sebelum terbabas akibat mengejar kereta
Perodua Myvi hitam selain turut merempuh Proton Saga FLX di Titi Gajah, Alor
Setar.
#kw kejar, terbabas, cedera parah
#loc 6.1922439999999996, 100.38399080000001

tamat.

PERINGATAN: Malaysian Update tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.

Loading...
loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here