Connect with us

Berita Lain

(FOTO) ‘DOKTOR KATA HAYAT ISTERI SAYA TINGGAL DALAM 3-4 MINGGU SAHAJA’ – SUAMI RAYU BANTUAN NETIZEN DI MEDIA SOSIAL


Viral di media sosial luahan seorang lelaki tentang
isterinya yang menghidap kanser limfoma tahap empat. Doktor menjangkakan hayat
isterinya tidak lama dan segala rawatan kimo/radioterapi terpaksa dihentikan
berikutan ia membahayakan pesakit.
Kini Yusof Hashim merayu orang ramai membantunya
dari segi sumbangan derma agar sedikit sebanyak dapat meringankan bebannya yang
menanggung dua orang anak dan dalam masa yang sama masih mencari jalan untuk
mencari penawar bagi isterinya. Semoga dipermudahkan urusan.

ISTERI saya menghidap kanser limfoma tahap empat.
Doktor tak boleh teruskan kimo terapi, malah radio terapi juga tidak boleh
diteruskan. Kata doktor, ia berisiko untuk isteri saya yang telah ditahan di
wad Hospital Klang dari mula disahkan menghidap kanser sejak bulan Oktober
hingga bulan Jun 2017.



Kemudian isteri dipindahkan ke Hospital Ampang.
Baru tiga hari berada di hospital, doktor berjumpa dengan saya dan maklumkan
bahawa mereka tidak boleh teruskan kimo. Saya diarahkan untuk membawa isteri
balik.

Doktor kata hayat isteri saya tinggal dalam tiga ke
empat minggu sahaja. Alhamdulillah sekarang dah lepas tiga minggu dan isteri
masaih bernafas.

Tetapi isteri saya lemah tak boleh berjalan, pakai
lampin, tak boleh makan dan minum, hanya masuk susu mengikut tiub di hidung.
Susu yang diberi adalah susu jenama Ensure yang harganya RM80 untuk satu tin.

Secara jujurnya ini memang beban pada saya. Setin
susu itu boleh bertahan dalam tiga hari sahaja. Anak-anak kami masih kecil lagi.
Seorang berusia dua tahun, seorang lagi berusia 10 bulan.





Kanser menyerang hidung isteri sampai ke bahagian
dalam dah hancur, reput kemudian melarat ke mulut, lelangit berlubang. Kini ia
melarat ke bahagian bawah gusi dan tekak. Sebab itu isteri tak dapat makan dan
minum. Hendak menelan air liur pun terseksa. Kalau nak gambar, boleh WhatsApp
saya.

Doktor jangkakan hayat isteri dalam tiga minggu.
Selepas tiga minggu sudah berlalu, saya masih mencari jalan untuk selamatkan
isteri. Cuma tak tahu jalan. Pilihan yang ada sekarang adalah berubat cara
kampung.
Modal untuk ke sana sini, saya memang tak berapa
mampu. Saya bekerja sendiri sebagai pemandu Uber. Bila kerja, adalah duit.
Kalau tidak bekerja, tak adalah duit. Apatah lagi nak buat belanja macam-macam
pada waktu ini. Memang beban sangat.
Saya berasal dari keluarga yang sederhana, keluarga
isteri bekerja sebagai penoreh getah saja, memang susah. Jadi sekarang isteri
berada di Raub, Pahang, bersama dengan keluarganya. SAya akan selalu balik
untuk menjenguk keadaan dia.

Ada beberapa pihak/individu yang menghulurkan
sumbangan sedikit dan boleh saya kurangkan kerja untuk meluangkan lebih masa
bersama isteri. Memang mak dan ayah dia tak ada minta duit dari saya atau orang
lain, tetapi sebagai menantu, saya tahu mereka jaga isteri saya dan anak saya,
lagi ada tiga cucu iaitu anak kepada kakak ipar saya yang berstatus ibu
tunggal.



Mak mertua saya berniaga kuih tetapi sejak isteri
sakit, dia yang menjaga isteri dalam hospital berbulan-bulan sehingga isteri
keluar dari hospital. Jadi saya tahu itu memang beban pada mak mertua.

Jadi, tujuan saya memohon derma ada dua. Pertama,
untuk mencari jalan selamatkan isteri. Kedua, untuk hulurkan perbelanjaan pada
mertua saya bagi menguruskan isteri saya dan cucu-cucunya.
Bagi yang mahu menyumbang, boleh hubungi nombor
saya, 011-21894557, Mohd Yusof Bin Mohd Hashim. Atau boleh datang terus ke alamat
berikut:
Mohd Saad bin Jemangin
No. 6 Perumahan Batu Talam
27610, Raub, Pahang
Sebarang sumbangan boleh dihulurkan kepada:
Mohd. Saad bin Jemangin (Bapa)
Bank Rakyat: 220411407367
Fatimah Bte. Ibrahim (Ibu)
Maybank: 156244127091
Mohd Yusof bin Mohd Hashim (Suami)
Maybank: 164883007893
RHB Bank: 11217000334118

CIMB Bank: 7031154778



Bagi yang sudah menyumbang, saya ucapkan ribuan
terima kasih. Rezeki mencurah dari orang Malaysia yang baik hati. Cuma saya
mohon sebelum WhatsApp saya, sila baca post di atas dulu dan ada dinyatakan
isteri saya sakit apa.

Sekarang keadaan isteri saya masih tidak berubah.
Banyak mesej yang saya terima dan InshaAllah saya akan jawab. Saya cuba yang
terbaik untuk menjaga hati semua. Maaf jika ada yang terasa.


Sumber: The Reporter

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel