Connect with us

Berita Lain

RAKYAT MALAYSIA KANTOI SELUDUP DADAH 200 KILOGRAM


DUA dalang sindiket penyeludupan dadah antarabangsa warga
Malaysia ditahan polis Thailand di Songkla, Thailand ketika hendak menyeludup
syabu seberat 200 kilogram bernilai 400 juta baht (RM51.3 juta) ke negara ini,
kelmarin.
Menurut laporan portal Harian Metro, kedua-dua rakyat Malaysia masing-masing berusia 35 dan 49
tahun itu ditahan selepas pihak berkuasa Thailand menerima maklumat mengenai
percubaan menyeludup dadah ke negara jiran.
Menurut Timbalan Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah (CSD),
Jeerapop Puridetch, polis menemui tujuh guni mengandungi syabu dalam satu
daripada kereta yang dipandu oleh suspek ketika dia mahu memindahkan dadah itu
ke kereta lain milik rakannya.
“Kedua-dua kereta berwarna putih dan hitam milik suspek
itu didaftarkan di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.
“Pihak berkuasa melancarkan operasi bagi memberkas
kedua-dua rakyat Malaysia itu selepas menerima maklumat bahawa suspek menyewa
pangsapuri di Sadao dan merancang untuk menyeludup dadah ke Malaysia,”
katanya dalam sidang media di Bangkok, Thailand, semalam.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel