Connect with us

Berita Lain

TIDAK MAHU PROTON JADI SEPERTI PERWAJA


SUNGAI BULOH – Kerajaan menjalin kerjasama dengan Zhejiang
Geely Holding Group Co Ltd (Geely), sebuah syarikat automatif terbesar China
kerana tidak mahu melihat Proton menerima nasib seperti yang berlaku atas
Perwaja ketika zaman Tun Dr Mahathir Mohamad.
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata,
usaha itu bertujuan berkongsi kebolehan dan kepakaran teknologi Geely untuk
Proton.
“Geely adalah salah satu pengeluar kereta terkemuka di
China. Syarikat tersebut mempunyai rekod jualan sebanyak 1.2 juta unit setahun
dan mengeksport ke-23 negara.
“Malah, Geely turut mempunyai rekod cemerlang membantu Volvo
pada 2010, berjaya menjual 534,332 unit pada 2016 berbanding jualan 335,000
unit pada 2009,” katanya pada perasmian Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian
Subang 2017 di Kelab Rahman Putra, di sini, semalam.
Johari yang juga Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno berkata,
kerajaan perlu mengambil langkah tersebut bagi menyelamatkan Proton setelah
melihat keluaran kenderaan itu hanya sekitar 5,000 hingga 6,000 unit sebulan,
meskipun kilang di Shah Alam dan Tanjung Malim mampu mengeluarkan 400,000 unit.
“Kita tak boleh terikut sikap sentimental Mahathir yang nak
pertahankan Proton 100 peratus. Kerajaan harus mencari alternatif kerana tidak
mahu melihat Proton terima nasib macam Perwaja.
“Dulu Perwaja kita bertahan 20 tahun. Kerajaan beri subsidi
sehingga berpuluh bilion tanpa mencari alternatif lain bagi menyelamatkan
syarikat berkenaan, akhirnya Perwaja ditutup,” katanya.
Katanya, kerajaan perlu tukar strategi bekerjasama dengan
syarikat lebih pakar agar produk negara setanding antarabangsa, sekali gus
meningkatkan jualan di seluruh dunia.
Pada 23 Jun lalu, Geely mengambil alih 49.9 peratus ekuiti
Proton dan 51 peratus saham dalam Lotus Group daripada DRB-Hicom, sekali gus
menjadi rakan strategik asing syarikat kenderaan nasional itu.

– Sinar Harian

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel