Connect with us

Berita Lain

(VIDEO) KHAIRUL HAFIZ KINI SEBARIS LAGENDA


KUALA LUMPUR: Khairul Hafiz Jantan menamatkan penantian emas
14 tahun buat Malaysia dalam acara pecut 100 meter di temasya Sukan SEA apabila
memenangi perlumbaan riben biru itu di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebentar
tadi.

Atlet 19 tahun itu mencatat 10.38 saat, di depan pemenang
emas Singapura 2015 dari Filipina, Eric Cray (10.43s) manakala pelari Thailand,
Kritsada Nasuwun (10.43) di tempat ketiga, lapor BH Online.

Khairul meletakkan namanya sebaris dengan pemenang emas
negara dalam acara tumpuan itu, termasuk Tan Sri Dr M Jegathesan (1965), G
Rajalingam (1967) dan Nazmizan Muhammad (2003).
Pingat emas itu adalah emas kedua dari sukan olahraga hari
ini, selepas Irfan Shamshuddin memenangi acara lempar cakera.


Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel