Connect with us

Berita Lain

(VIDEO) TMJ: ‘TIADA SIAPA DALAM BILIK INI YANG MEMALUKAN NEGARA’



“Kalau saya ada satu benda yang saya patut sampaikan kepada
anda ia adalah: Terima Kasih.”
Begitulah titah Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia
(FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim kepada pemain skuad bawah 22 tahun (B-22)
negara selepas final bola sepak Sukan SEA di Stadium Shah Alam, malam tadi, lapor Harian Metro.
Rakaman titah Tunku Ismail di bilik persalinan selepas tamat
perlawanan dimuat naik di Facebook rasmi FAM, malam tadi.
Titah Tunku Ismail:
“Tak ada orang suka kalah. Kita tak suka kalah. Tak ada
orang suka kalah tetapi itu tak bermakna ni perjalanan akhir kita. Awak semua
‘player’ yang muda.

“Saya tengok hari ini saya ada dua ‘mixed’ emosi. Satu saya
kecewa dengan kekalahan. Satu, saya rasa bangga dengan apa yang kita ada untuk
masa yang akan datang.
“Anda semua adalah aset kepada negara. Tiada seorang pemain
di sini yang harus rasa sedih. Memang patut sedih, memang patut kecewa tetapi
tiada seorang pun yang berada dalam bilik ini telah memalukan negara.
“Saya sebagai Presiden FAM berasa amat bangga yang saya
mempunyai individu-individu … saya tahu kawan anda, keluarga anda pun rasa
bangga juga.
“Apa yang anda buat, apa yang anda telah berkorban untuk
negara, tiada orang yang boleh tarik benda itu daripada anda. Itu adalah hak
anda selama-lamanya.
“Dan, kalau saya ada satu benda yang saya patut sampaikan,
satu perkataan yang saya patut sampaikan kepada anda, ia adalah: Terima Kasih.
“Terima kasih kerana memberi persembahan macam itu sepanjang
kempen SEA Games.
“Terima kasih kerana setiap ‘game’ beri seratus peratus
untuk negara kita.
“Itu adalah satu kebanggaan dan satu pencapaian.
“Walau apa pun, macam mana yang saya cakap tadi, kita akan
sentiasa bersatu. Kita akan cuba memperbaiki apa yang kita boleh memperbaiki.
“Now, lupa apa yang dah jadi. Jadikan benda itu sebagai satu
pelajaran. This is the time for kita semua to move on, untuk menuju ke hadapan.
“Insya-Allah, yang apa saya cakap tadi, perjalanan anda
masih jauh lagi dan syabas, jangan berasa sedih.
“Kalah menang, normal dalam sukan. Apa yang penting belajar
daripada kesilapan, belajar daripada kekalahan dan menggunakan benda ini
sebagai satu senjata untuk pada masa kita yang akan datang.
“Well done guys. Syabas.”

Malaysia meraih pingat perak selepas tewas 0-1 kepada
Thailand.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel