Connect with us

Berita Lain

DS Vida Mahu Bawa Mangsa Kebakaran Pusat Tahfiz Tunaikan Umrah

Datuk Seri Vida (kanan) ketika sidang media mengenai
kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah malam tadi. – Foto Bernama

KUALA LUMPUR: Pengasas syarikat produk kecantikan Vida
Beauty Sdn Bhd, Datuk Seri Hasmiza Othman berhasrat untuk membawa 18 pelajar
yang terlibat dalam kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah (DQI) di
Jalan Keramat Ujung di sini, untuk menunaikan umrah dalam masa terdekat.
Hasmiza atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida, 46,
berkata keputusan itu dibuat selepas menerima cadangan netizen apabila ditanya
langkah yang perlu beliau ambil bagi menghilangkan kemurungan semua pelajar
terbabit.
“Saya ingin mengambil mereka sebagai anak angkat saya
dan membawa mereka semua ke rumah saya di Ipoh, Perak selama sebulan untuk
menghilangkan trauma dan menenangkan mereka selepas terlibat dalam kebakaran.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Hanya mereka yang pernah terlibat dalam kejadian ini yang
memahami dan saya sendiri pernah kehilangan anak saya yang terkorban dalam
kebakaran dulu,” katanya pada pemberita selepas melawat pusat tahfiz itu
di sini malam ini bersempena sambutan Awal Muharram 1439H pada Khamis.
Beliau berkata lapan kakitangan pusat tahfiz itu akan turut
serta mengerjakan umrah bersama mereka.
Selain pakej umrah itu, beliau juga bercadang untuk membawa
semua mangsa untuk bercuti bagi merawat trauma kanak-kanak terbabit.
Khamis lepas, 21 pelajar dan dua guru yang juga warden pusat
tahfiz itu terkorban akibat terperangkap di asrama dalam tragedi kebakaran 5.15
pagi.

— BERNAMA

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel