Connect with us

Berita Lain

Dua Maut Termasuk Pegawai Polis Wanita Berpangkat Inspektor



DUA maut termasuk pegawai polis wanita selepas kereta Proton
Satria dinaiki mereka terbabas dalam kemalangan di Jalan Tengku Mizan dekat
jejantas Bukit Tunggal, Kuala Nerus, 3.15 pagi, hari ini.

Dalam kejadian itu, mangsa, Inspektor Junaidah Zainal, 32,
disahkan meninggal dunia selepas hampir 14 jam bertarung nyawa di Wad Kecemasan
Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) kira-kira jam 4.20 petang tadi.
Rakannya yang juga pemandu,Mohd Lokman Ridzwan, 29, disahkan
meninggal dunia di wad sama pada jam 9.32 pagi ketika mendapatkan rawatan
akibat parah di kepala.
Difahamkan, Junaidah yang bertugas di Polis Pusat Latihan
Polis (PULAPOL) Dungun mengalami pendarahan dalam kepala namun punca
kematiannya masih belum diketahui.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Asisten
Komisioner Idris Abd Rafar berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila
kereta dinaiki mangsa yang datang dari arah Batu Enam menghala ke Jambatan
Sultan Mahmud dikatakan terbabas lapor My Metro.
Beliau berkata, dua mangsa yang parah dibawa ke HSNZ untuk
rawatan sebelum pemandu disahkan meninggal dunia pada jam 9.32 pagi.
“Pegawai polis wanita pula dilaporkan meninggal dunia
pada jam jam 4.20 petang tadi.
“Siasatan lanjut sedang dijalankan dengan kes disiasat
mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Difahamkan, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu
menguruskan jenazah pegawai terbabit sebelum dihantar pulang ke kampung
halamannya di Teluk Intan, Perak.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel