Connect with us

Berita Lain

Haramkan Pesta Gay – TPM

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi – Foto: Bernama


MANILA: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr
Ahmad Zahid Hamidi, mengarahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) supaya
mengharamkan sebuah acara gay, yang dikatakan akan diadakan di ibu kota, 30
September depan.
Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri, berkata
sudah menerima laporan daripada Bukit Aman berhubung penganjuran acara dikenali
sebagai ‘White Party’, yang bakal berlangsung di Kuala Lumpur.
“Setakat ini, tiada permohonan permit untuk
menganjurkan acara berkenaan diterima oleh polis.
“Jika diadakan, maka itu adalah perhimpunan
haram dan saya tak fikir pihak polis akan memberikan kebenaran kerana ia tidak
termasuk dalam Akta Perhimpunan Aman,” katanya ketika ditemui pemberita di
Hotel Conrad Manila, hari ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Semalam, sebuah laman portal melaporkan, acara gay
berkenaan dianjurkan sebagai ‘pemanas badan’ menjelang ‘White Party Bangkok’ di
Thailand yang akan berlangsung selama tiga hari bermula 28 Disember depan.
White Party Bangkok mendakwa acaranya sebagai
festival gay tahunan terbesar di Asia, yang berlangsung di ibu negara Thailand
menjelang tahun baharu.
Ahmad Zahid berkata, beliau juga sudah mengarahkan
Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali, supaya tidak
memberikan visa atau kebenaran kepada rakyat asing yang akan menghadiri acara
itu.
“Kita sedang meneliti nama-nama individu yang
terbabit dan meletakkan mereka dalam kategori ‘not to let’.
“Kerajaan juga amat prihatin terhadap semua
laporan polis yang dibuat oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan parti
politik terhadap penganjuran acara ini.
“Sebagai Menteri Dalam Negeri, polis dan
Jabatan Imigresen diarah memantau perkara berkenaan secara terperinci supaya ia
(White Party) tidak dianjurkan di negara ini,” katanya.

— Berita Harian

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel