Connect with us

Berita Lain

Kerana Kes Cemburu, Mayat Penjual Kuih Di Dalam Longkang


SHAH ALAM – Bermotifkan cemburu, mayat seorang penjual kuih
bukan sahaja dipotong dan ditetak, lebih teruk lagi turut dicampak di dalam
longkang di Persiaran Kuala Langat, Seksyen 27, di sini.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien
Mamat berkata, pihaknya menerima laporan daripada majikan mangsa kira-kira jam
12.15 tengah hari tadi, berhubung kehilangan seorang pekerjanya sejak Khamis
lalu.
Menurutnya, pada masa yang sama, majikan mangsa turut
membawa dua lelaki warga Bangladesh yang didakwa telah membunuh mangsa berusia
lingkungan 30-an.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Hasil siasatan yang dijalankan kemudian mendedahkan salah
seorang suspek telah mengaku membunuh mangsa di sebuah flat di Taman Megah,
Shah Alam, Khamis lalu.
“Kemudian, dengan bantuan seorang lagi suspek, mayat mangsa
telah dibawa ke lokasi sebelum dibuang di longkang,” katanya kepada pemberita,
di lokasi kejadian, hari ini.
Beliau berkata, pemeriksaan di lokasi kejadian setakat ini
tidak menemui sebarang dokumen milik mangsa, namun pihaknya akan menjalankan
pemeriksaan di flat terbabit untuk mencari bahan bukti atau senjata yang
digunakan.
Mengulas lanjut, Shafien memaklumkan, motif kejadian
dipercayai kerana suspek cemburu dan rasa sakit hati berikutan perniagaan kuih
mangsa lebih laris daripada suspek.
Tambah beliau lagi, soal siasat mendapati, suspek telah
membunuh mangsa dengan menggunakan tukul besi dengan menghentaknya di kepala.
Dalam pada itu, suspek juga turut mengaku telah memotong mayat mangsa.
“Siasatan masih dijalankan dan kedua-dua suspek berusia
30-an ini akan direman bagi membantu siasatan.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana
membunuh,” katanya. – Sinar Harian

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel