Connect with us

Berita Lain

Kes Cabul Jururawat, CEO Berpangkat Datuk Ditahan



SUBANG JAYA: Seorang Ketua Pegawai Eksekutif sebuah syarikat
hartanah dan pelaburan terkemuka berpangkat Datuk ditahan selepas dipercayai
terbabit mencabul seorang jururawat, di sini, Jumaat lalu.

Ketua Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner
Fadzil Ahmat, berkata suspek ditahan selepas pihaknya menerima laporan daripada
mangsa.
“Dalam kejadian jam 7.30 malam, mangsa, 19, yang
bertugas sebagai jururawat di sebuah hospital swasta di Subang Jaya mendakwa
dirinya dicabul oleh seorang pesakit ketika menjalankan tugas.
“Pesakit yang ketika itu sedang mendapatkan rawatan di
hospital berkenaan didakwa telah memegang punggung dan payudaranya serta
mencium pipi mangsa.
“Hasil siasatan, kita telah menahan suspek yang berusia
58 tahun, bekerja sebagai Ketua Pegawai Eksekutif sebuah syarikat hartanah dan
pelaburan,” katanya dalam satu kenyataan.
Fadzil berkata, suspek telah direman selama empat hari bagi
membantu siasatan lapor BH online.
Kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana
mencabul.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel