Connect with us

Berita Lain

KES SAMAN WATIE: HANA SUDAH SERIK BERI PELUANG, BIAR MAHKAMAH TENTUKAN


PENGISYTIHARAN muflis akibat perbuatan sahabat
sendiri antara perkara yang menjadi kemarahan Hana selepas dia gagal berjumpa
anak-anaknya akibat disekat keluar negara.

Hana ketika dihubungi mStar Online berkata, dia
sudah dua tahun tidak bertemu dua anaknya iaitu Aaron Danial Mann, 16, dan
Alayna Daniella Mann, 15, yang kini menetap di London.

“Kejadian itu bukan sahaja menyebabkan saya
diisytiharkan muflis tetapi banyak masalah lain terpaksa saya tanggung!

“Banyak benda saya hilang dan paling buat saya
sedih, sudah dua tahun saya tidak bertemu anak-anak kerana tidak boleh ke luar
negara.

“Bayangkan perasaan saya sebagai seorang ibu
yang tak dapat bertemu dengan anak-anak kerana kesalahan orang lain,”
katanya kepadanya mStar Online.

Watie Sadali Tak Mampu Bayar RM707,000

Hana diiystihar muflis selepas rakannya dalam
kumpulan Elite iaitu Watie atau Norwati Sadali tidak membayar ansuran bulanan
kereta yang dibeli menggunakan nama Hana.

Pada Jumaat lalu, Watie, 41, hadir ke Mahkamah
Sesyen Selayang dan memohon agar jumlah tuntutan dibuat Hana yang kini
berjumlah RM707,351.83
dikurangkan kerana dia tidak mampu melunaskan
jumlah diminta.

Mahkamah bagaimanapun menetapkan 11 Oktober depan
untuk perbicaraan saman penghutang penghakiman membabitkan kedua-dua bekas
anggota Elite itu.

Dalam pada itu, Hana berkata, tuntutan asal yang
dibuatnya dua tahun lalu dianggarkan sekitar RM300,000 sahaja namun jumlah itu
meningkat selepas ditafsirkan termasuk kadar faedah selepas dia memfailkan
saman penghutang penghakiman pada 18 Mei lalu.

Kata Hana, Watie mengetahui mengenai jumlah asal
tersebut namun dia berdegil untuk membayar yang membuatkan dia perlu menanggung
akibatnya.

“Jika dia kata tidak tahu, ia tidak benar
kerana bekas peguam saya ketika itu, SS Seelan sudah menyerahkan surat itu ke
tangannya sendiri malah mereka berbincang kaedah untuk membayar ganti rugi itu.

“Tapi nampaknya Watie terus berdiam diri dan
enggan menyelesaikan tuntutan yang sebelum ini hanya berjumlah lebih kurang
RM300,000 sahaja.

“Atas kedegilannya untuk membayar dan jadilah
jumlah itu mencapai RM700,000 kerana faedah dikenakan selama tempoh dua
tahun,” jelasnya.

Dalam pada itu, Hana berkata, ruang untuk mereka
berbincang juga sudah tertutup kerana Watie pernah diberi peluang berbuat
demikian namun mensia-siakannya.

“Saya sudah serik! Tiada lagi peluang untuknya
dan biarlah mahkamah sahaja yang putuskan,” katanya.

Pada 10 Mac 2015, Hana atau Norhanasafiza Mat
Adnan, 39, memenangi saman terhadap Watie berhubung kegagalan penyanyi itu
menyelesaikan bayaran pinjaman bank yang menggunakan namanya untuk membeli sebuah
kenderaan jenis Toyota Wish.

Menurut penyata tuntutan itu, Hana mendakwa dirinya
membuat pinjaman bank kenderaan itu sekitar September 2005 bagi pihak Watie
sebanyak RM150,000 kerana pelakon terbabit tidak layak membuat pinjaman.

Namun, Watie gagal mematuhi syarat ditetapkan
seperti membayar ansuran bulanan, cukai jalan, insurans dan perkara berkaitan
sejak September 2010 sehingga menyebabkan Hana diisytiharkan muflis. 

Dua anak Hana iaitu Alyasa dan Aaron.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel