Connect with us

Berita Lain

Mayat Bayi Tepi Longkang


MAYAT bayi perempuan dipercayai baru dilahirkan ditemui di
tepi longkang dekat Hotel Citytel, Chow Kit, kira-kira jam 3 petang tadi.
Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi Superintendan Habibi
Manjiji berkata, mayat itu ditemui orang ramai sedang terapung di dalam
longkang terbabit lapor My Metro.
“Mayat bayi berkenaan ditemui tidak berpakaian dan terapung
di air oleh orang ramai sebelum dimaklumkan kepada polis.
“Pemeriksaan mendapati bayi itu sudah meninggal dunia,
namun tidak diketahui puncanya,” katanya.
Beliau berkata, mayat kemudiannya dibawa ke Hospital Kuala
Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.

“Punca kematian hanya diketahui selepas bedah siasat
dijalankan,” katanya.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel