Connect with us

Berita Lain

Najib, Rosmah Ziarah Makam Almarhum Sultan Kedah


ALOR SETAR 15 Sept. – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun
Razak meluangkan masa kira-kira setengah jam menziarahi makam Almarhum Sultan
Kedah, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah di Makam Diraja Langgar di sini hari
ini.
Najib yang diiringi Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah
Md. Hanipah tiba di pekarangan Makam Diraja itu pada pukul 6.30 petang.
Turut hadir Tunku Temenggong Kedah, Tan Sri Tunku Puteri
Intan Shafinaz Sultan Abdul Halim; Tunku Bendahara Kedah, Tan Sri Tunku Abdul Hamid
Thani Sultan Badlishah serta isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.
Almarhum Sultan Abdul Halim, 89, yang memerintah negeri
Kedah selama 59 tahun meninggal dunia di Istana Anak Bukit di sini pukul 2.30
petang, Isnin lalu.

Jenazah Almarhum selamat dimakamkan di Makam Diraja itu pada
keesokannya.
Bacaan tahlil dan doa diketuai Mufti Kedah, Datuk Syeikh
Fadil Awang.
Najib dan Rosmah kemudian menyiram air mawar di makam
Almarhum seterusnya beredar pada pukul 7 malam.
Sebelum itu, Perdana Menteri yang menaiki pesawat khas
selepas mengadakan pertemuan dengan Presiden Amerika Syarikat, Donald J. Trump
di White House, Washington D.C pada Rabu lalu tiba di Lapangan Terbang Sultan
Abdul Halim di sini pukul 6 petang. – UTUSAN ONLINE

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel