Connect with us

Berita Lain

PM Lancar 500 Juta Unit Tambahan AHB

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mahu Bumiputera melabur untuk pemilikan aset hartanah komersial di bandar – Berita Harian
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan
saiz dana Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) ditambah sebanyak 500 juta unit.
Perdana Menteri berkata, penambahan itu menjadikan keseluruhan
dana AHB mencecah 4 bilion unit.
“AHB juga memberi pulangan konsisten, iaitu sekitar 6.2
peratus. Ia pulangan yang begitu menarik sekali di mana kita boleh tunaikan
duit kita pada bila-bila masa,” katanya.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata demikian ketika
berucap pada majlis pelancaran unit tambahan berkenaan, di sini.
Yang turut hadir, Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari
Abdul Ghani; Pengerusi Pelaburan Hartanah Berhad (PHB), Tan Sri Md Nor Md Yusof
serta Pengarah Urusan Kumpulan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif PHB, Datuk
Kamalul Arifin Othman.
Najib yang juga Pengerusi Yayasan AHB turut mengumumkan 50
unit tambahan percuma kepada 200,000 Akaun Remaja baharu yang dibuka bermula
Isnin ini bagi menggalakkan penyertaan pelabur muda.
“Saya menyeru ibu bapa merebut peluang ini dengan
membuka akaun AHB untuk anak mereka. Saya difahamkan Akaun Remaja ini adalah
untuk kanak-kanak berumur tiga bulan ke atas sehingga bawah 18 tahun,”
katanya.
Perdana Menteri juga mahu Bumiputera mula melabur untuk
pemilikan aset hartanah komersial di bandar.
Sebelum ini, katanya, Bumiputera lebih terarah untuk
memiliki hartanah di pekan kecil dan pinggir bandar sebagai aset.
Beliau berkata, Bumiputera perlu berani melabur bagi
pemilikan aset seperti hartanah yang tertumpu di bandar besar kerana langkah
itu dapat meraih pulangan lebih tinggi.
Sebab itu, katanya, kerajaan memperkenalkan Dasar
Transformasi Kesejahteraan Bumiputera, antara lain untuk membantu
memperkukuhkan penguasaan sektor hartanah komersial oleh Bumiputera.
Perdana Menteri berkata, peralihan pelaburan hartanah dari
pekan kecil ke tengah bandar dapat memastikan penyertaan kukuh Bumiputera dalam
sektor hartanah komersial dengan meraih pulangan tinggi, sekali gus menjana
kekayaan bagi golongan berkenaan.
“Tujuan AHB diwujudkan adalah bagi memberi peluang
masyarakat Bumiputera dapat turut serta melabur dan mengambil bahagian dalam
pemilikan hartanah komersial di Malaysia melalui pegangan unit yang disediakan
AHB.
“Ini semestinya membuka peluang kepada masyarakat
Bumiputera untuk berkongsi pemilikan ke atas aset ini, sejajar hasrat Kerajaan
untuk meningkatkan lagi penyertaan Bumiputera dalam sektor hartanah
komersial,” katanya.
Sejak dilancarkan pada 2010, Perdana Menteri berkata, AHB
mendapat sambutan menggalakkan orang ramai hingga dana itu perlu ditambah
sebanyak empat kali.
AHB adalah unit amanah patuh syariah pertama di Malaysia,
diuruskan PHB yang dilancarkan pada 29 November 2010 dengan permulaan 1 bilion
unit.
Had maksimum pelaburan skim itu kini berjumlah RM500,000,
manakala jumlah minimum pelaburan adalah RM100. – Berita Harian

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel