Connect with us

Berita Lain

PM Umum WiFi Percuma Hingga Akhir Tahun Ini

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak berucap pada majlis
‘Jom Bersama-sama Perdana Menteri dengan TM’ di Menara Telekom Malaysia Berhad,
Bangsar hari ini. – Foto: Berita Harian

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak mengumumkan rakyat
Malaysia bakal menikmati kemudahan WiFi percuma sehingga hujung tahun ini.
Perdana Menteri berkata, insentif itu akan ditawarkan di
lebih 5,800 lokasi hotspot di seluruh negara.
“Bayaran WiFi akan dikenakan semula pada tahun depan
tetapi pada kadar yang lebih rendah,” katanya pada majlis ‘Jom
Bersama-sama Perdana Menteri dengan TM’ di Menara Telekom Malaysia Berhad,
Bangsar hari ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Yang turut hadir, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk
Seri Dr Salleh Said Keruak; Pengarah Urusan Khazanah Nasional Berhad
(Khazanah), Tan Sri Azman Mokhtar; Pengerusi TM, Tan Sri Dr Sulaiman Mahbob dan
Ketua Pegawai Eksekutif TM, Datuk Seri Mohammed Shazalli Ramly.
Program itu turut disiarkan secara langsung untuk kakitangan
TM di seluruh negara termasuk di Jakarta lapor Berita Harian lagi.
Pada program itu, Najib turut mengumumkan tujuh insentif
lain khusus untuk warga TM merangkumi waktu bekerja dan faedah perubatan.
“Insentif itu ialah waktu bekerja yang lebih anjal
kepada warga TM wanita yang mengandung. Mereka dibenarkan pulang sejam lebih
awal dan cuti ihsan kelahiran cucu terhad selama tujuh hari.
“Manfaat lain termasuk cuti ihsan untuk ibu bapa dan
anak menjalani rawatan di hospital, faedah perubatan dan pergigian bagi pekerja
eksekutif antara RM500 hingga RM750 sekeluarga dan RM250 hingga RM500
sekeluarga bagi yang bukan eksekutif,” katanya.
Perdana Menteri berkata, diskaun sehingga 35 peratus bagi
bayaran balik pinjaman akan ditawarkan kepada anak warga TM yang belajar di
Universiti Multimedia Malaysia (MMU) dan percuma untuk mereka yang memperoleh
kepujian kelas pertama.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel