Connect with us

Berita Lain

Putus Cuping Telinga Kena Gigit Banduan Akhir


WADAR penjara putus cuping telinga kira-kira lima sentimeter
akibat digigit dan diserang banduan akhir iaitu warga Liberia ketika proses
pemindahan ke blok lain dalam kejadian di Penjara Bentong, Pahang, semalam.
Dalam kejadian 2 petang itu, wadar penjara berusia 37 tahun
putus cuping telinga dan mendapat rawatan di Hospital Temerloh.
Sumber berkata, ketika kejadian mangsa bersama seorang
pegawai dan tiga anggota mahu memindahkan banduan akhir berusia 46 tahun itu ke
blok lain untuk pengasingan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Bagaimanapun, katanya, banduan terbabit enggan menerima
arahan lalu bertindak agresif menyerang mangsa dengan menumbuk muka hingga
jatuh tertiarap, menindih belakang badan sebelum menggigit telinga kiri mangsa.
“Tiga rakan mangsa cuba menghalang suspek dan terpaksa
menggunakan kekerasan. Banduan itu ditangkap dan dipindahkan ke blok lain untuk
pengasingan, manakala mangsa yang putus cuping telinga kiri dihantar ke
Hospital Bentong untuk rawatan sebelum dirujuk ke Hospital Temerloh.
“Laporan polis dibuat di Balai Polis Lurah Bilut untuk
tindakan lanjut,” katanya.
Sumber itu berkata, banduan kategori akhir itu masuk ke
Penjara Bentong pada 2016 kerana kesalahan mengedar dadah yang disiasat
mengikut Seksyen 39B (1) Akta Dadah Berbahaya 1952, lapor My Metro lagi.
Katanya, pada 2005, dia dikenakan hukuman gantung sampai
mati dan rayuan yang dibuat di Mahkamah Persekutuan Putrajaya pada 2010 ditolak
dengan hukuman dikekalkan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bentong Superintendan
Mohammad Mansor Mohammad Nor mengesahkan kejadian dan siasatan dijalankan
mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel