Connect with us

Berita Lain

Rakyat Perlu Buat Pilihan Bijak – Tun M

Mahathir (tiga, kiri) bersama pemimpin Pakatan Harapan lain
memegang sepanduk bertulis Pakatan Harapan pada Majlis Makan Malam Sayangi
Malaysia Hapuskan Kleptokrasi, malam kelmarin. – Foto: Sinar Harian

BAYAN BARU – Rakyat diminta membuat pilihan bijak pada PRU14
dengan memilih pimpinan yang tidak dibelenggu dengan rasuah.
Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, rakyat
tidak perlu membuat demonstrasi jalanan atau rusuhan seperti di negara luar
bagi menjatuhkan kerajaan sedia ada, sebaliknya membuat pilihan tepat dalam
pilihan raya.
Menurutnya, sebagai rakyat Malaysia, semua bangsa dan agama
sayang terhadap negara yang beri kehidupan baik, namun dengan adanya kerajaan
kleptokrasi di bawah BN, negara alami kejatuhan jika tidak ditukar segera.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Kita hidup dengan aman, walaupun ada perbezaan, kita tidak
merusuh, tetapi bila duit kita dicuri, guna untuk beli sokongan dan berlaku
salah guna kuasa, kita perlu bertindak.
“Saya tidak minta rakyat merusuh atau berperang, tetapi
cukup dengan mengundi Pakatan Harapan dalam PRU14 nanti.
“Sekarang, main isu perkauman pula. Sebab apa, sebab dia
tahu kaum Cina tak akan sokong dia. Tapi percaya lah, orang Melayu pun tak akan
sokong dia dah. Saya tahu sebab saya turun padang. Semalam (kelmarin) saya
turun Selama, Perak 8,000 orang turun dan kebanyakan mereka orang Umno dan
Pas,” katanya.
Mahathir berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan
Malam Sayangi Malaysia Hapuskan Kleptokrasi di Spice, malam kelmarin.
Turut hadir, Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Presiden Amanah,
Mohamad Sabu; Setiausaha Agung DAP; Lim Guan Eng, Setiausaha Agung PKR, Datuk
Saifuddin Nasution Ismail dan Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow.
Beliau berkata, amalan pemberian dedak oleh pemimpin
tertentu untuk dapat sokongan termasuk menarik semula bekas pemimpin Umno
sebagai persediaan menghadapi PRU14 nanti terus diperhebat.
“Dedak akan terus diberi untuk orang sokong dia, dia letak
dalam mulut, boleh jadi bisu, letak dalam mata, boleh buta dan letak dalam
telinga, boleh pekak. Lama-lama dia akan letak dalam hidung agar tidak boleh
bernafas.
“Sebab itu, mereka yang makan rasuah akan kembali
kepada Umno kerana mereka tak tahu nak cari duit, hanya bergantung rasuah saja.
“Inikah pemimpin yang kita mahu? Sebagai rakyat yang ada
kuasa, kita harus berusaha singkirkan pemimpin begini demi sayangkan negara
ini.
“Sekarang pun dia takut sebab dia tahu, Pakatan Harapan
bersedia  kalahkan BN. Dahulu saya jadi
perdana menteri, Umno bukan kuat pun, tapi pembangkang tidak bersatu. Tapi
sekarang kita lain, kita dah bersatu, sokong satu sama lain,” katanya.
Sementara itu, 325 meja terjual bagi mendapat kutipan
sumbangan dengan kehadiran lebih 3,000 penyokong Pakatan Harapan.
Majlis itu turut berjaya jual lima potret pemimpin tertinggi
Pakatan Harapan iaitu Mahathir; Datuk Seri Anwar Ibrahim, Kit Siang, Guan Eng,
Mohamad Sabu dengan harga RM230,000.

Kelima-lima pemimpin itu turut menurunkan tandatangan mereka
pada potret itu.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel