Connect with us

Berita Lain

Setiausaha Politik Menteri Direman Enam Hari Kes Seleweng Peruntukan RM40 Juta


PUTRAJAYA – Seorang setiausaha politik kepada menteri
direman selama enam hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung
penyelewengan wang peruntukan bernilai RM40 juta yang sepatutnya disalurkan
kepada Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK).
Majistret Azizah Ahmad mengeluarkan perintah itu selepas
membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk
menahan reman lelaki berusia 61 tahun itu.
Setiausaha politik berkenaan dilaporkan ditahan selepas
hadir memberi keterangan di ibu pejabat SPRM pada 12.30 tengah hari semalam.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Lelaki itu tiba di ke mahkamah pada 9.45 pagi tadi dengan
memakai baju lokap SPRM berwarna oren, bagaimanapun prosiding kesnya selesai
lebih kurang jam 3.30 petang.
Laporan akhbar semalam menyebut setiausaha politik terbabit
merupakan individu kelima yang ditahan SPRM bagi membantu siasatan berhubung
penyelewengan wang peruntukan berkenaan.
Laporan itu juga menyebut individu berkenaan merupakan ahli
biasa Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Serian, Sarawak, dan
siasatan terhadapnya dijalankan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.
Pada 13 September lalu, SPRM telah menahan empat individu
kerana disyaki menyeleweng dana kerajaan bernilai hampir RM40 juta yang
sepatutnya disalurkan kepada sebuah perbadanan kemahiran bagi tujuan program
latihan.
Mereka yang ditahan adalah seorang ketua eksekutif bergelar
Datuk berumur 58 tahun, setiausaha perbadanan berumur 34 tahun, penolong
pegawai kewangan berumur 32 tahun dan pengarah sebuah syarikat yang bergelar
doktor berumur 38 tahun di beberapa lokasi di ibu negara dalam operasi khas
SPRM.
Bagaimanapun, kesemua individu terbabit yang direman enam
hari bermula 14 September lalu masing-masing telah dibebaskan dengan jaminan
SPRM.
– Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel