Connect with us

Berita Lain

Sultan Ibrahim: Tutup semua premis haram, termasuk tahfiz

Foto: The Iskandarian Online
Susulan tragedi kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di ibu negara semalam, Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah agar pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap premis yang beroperasi secara haram di negeri itu.
Ia bagi memastikan kejadian menyayat hati itu tidak berlaku di Johor, katanya lagi.
“Jika mereka didapati melanggar peraturan dan undang-undang, pihak berkuasa jangan teragak-agak untuk tutup premis mereka.
“Semua pusat tahfiz yang dikendalikan secara persendirian mesti mempunyai lesen, permit sah dan jika gagal dipatuhi, tindakan tegas akan diambil,” katanya dalam kenyataan yang disiarkan di Facebook semalam.
Justeru Sultan Ibrahim menggesa Jabatan Bomba dan Penyelamat segera membuat pemeriksaan secara menyeluruh bagi mengenal pasti sekolah yang berisiko tinggi berlaku kebakaran, termasuk madrasah, pusat tuisyen, sekolah berasrama penuh, sekolah rendah dan sekolah menengah.
Kebakaran awal pagi semalam meragut nyawa 21 pelajar dan dua warden pusat tahfiz itu dan menjadi perhatian seluruh negara.
Ia merupakan tragedi kedua terburuk, selepas kebakaran di asrama Madrasah Taufiqiah Al-Khairiah, juga dikenali sebagai Pondok Pak Ya, di Padang Lumat, Yan, Kedah, pada 1989 yang mengorbankan 27 pelajar.

— Malaysiakini

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel