Connect with us

Berita Lain

TAK TAHAN SAKIT BERSALIN, WANITA BUNUH DIRI SELEPAS RAYUAN UNTUK DIBEDAH DITOLAK


BEIJING: Seorang wanita hamil membunuh diri selepas tidak
dapat menanggung sakit bersalin yang dialaminya selama berjam-jam dan rayuannya
untuk dibedah bagi mengurangkan penderitaannya ditolak.
Kes yang menjadi tular di China itu, Ma Rongrong, nekad
untuk terjun dari tingkat lima sebuah hospital di utara China untuk membunuh
diri selepas permintaannya untuk bersalin secara pembedahan beberapa kali
ditolak.
Keluarga Ma dan doktor saling menuding jari kerana menafikan
pembedahan yang mungkin dapat mengurangkan penderitaannya.
Insiden yang masih tiada penjelasan itu mencetuskan
perdebatan di seluruh negara membabitkan isu kos penjagaan kesihatan yang
tinggi, hak pesakit hingga kepada bahaya nilai tradisi kekeluargaan China.
Perbincangan hangat itu melonjak kembali minggu ini, selepas
rakaman kamera litar tertutup menunjukkan Ma sedang melutut di hadapan
keluarganya di koridor hospital menjadi tular.
Hospital mendakwa pihaknya mencadangkan Ma menjalani
pembedahan itu, tetapi Ma dan suaminya memilih untuk bersalin secara normal
berdasarkan kepercayaan ia akan melahirkan anak yang lebih baik.
Sebagai bukti, hospital memuat naik log pembedahan Ma di
akaun media sosial rasmi menunjukkan keluarganya menolak permohonan pembedahan
mangsa.
Sebaliknya, suami Ma, Yan Zhuangzhuang memberitahu Beijing
Youth Daily dia sudah bersetuju dengan pembedahan isterinya, tetapi doktor yang
mengatakan ia tidak perlu.
Di bawah undang-undang China, keputusan itu sepatutnya
dibuat oleh pesakit itu sendiri, menurut pakar dalam pertikaian perubatan di
Zhongdun Law Firm, Beijing, Feng Lihua.

— Agensi

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel