Connect with us

Berita Lain

[VIDEO] Kes Remaja Biadap: Ibu Bapa Enggan Ambil Tindakan Terhadap Anak


PETALING JAYA: Kedua ibu bapa seorang remaja lelaki enggan
mengambil sebarang tindakan ke atas anaknya.

Pada Selasa, video seorang remaja berpakaian sekolah
berkelakuan biadap dengan bertindak memukul seorang wanita yang dipercayai
ibunya menjadi tular dan mendapat kecaman netizen.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Hamzah
Alias mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Laporan tersebut dibuat oleh bapa remaja terbabit berusia 39
tahun, yang bekerja sebagai penjaga kuda selepas dia menerima rakaman video itu
daripada anak perempuannya lapor mStar online.

Jelas ACP Hamzah, kejadian berlaku kira-kira pukul 7.20 pagi
Selasa.

“Pengadu kemudian memberikan video itu kepada guru
sekolah anaknya dengan niat supaya guru terbabit dapat menasihati anak
lelakinya.

“Tidak lama selepas itu, pengadu menerima banyak panggilan
daripada saudara mara yang bertanyakan mengenai video terbabit berikutan ia
sudah viral di Facebook, dipercayai dimuat naik seorang individu menggunakan
nama ‘Jejaka Sereng’.

“Pengadu membuat laporan polis kerana bimbang
keselamatan diri, keluarga serta anak lelakinya.

“Pengadu dan isteri juga enggan tindakan diambil
terhadap beliau atau mana-mana pihak,” katanya dalam satu kenyataan lewat
malam Selasa.

Hamzah berkata, pihaknya sudah merakam keterangan dua
beranak itu dan ujian air kencing yang dilakukan terhadap remaja lelaki itu
mendapati negatif dadah.


Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel