Connect with us

Berita Lain

[VIDEO] ‘Padah Letak Kereta Sesuka Hati, Kan Dah Mendapat’



Viral di media sosial, sebuah kereta pacuan empat roda
mengalami calar dan rosak di bahagian kanan selepas digesel treler panjang yang
melalui jalan tersebut.

Dalam video kejadian yang tidak dinyatakan masa dan
lokasinya itu menunjukkan, treler berkenaan melalui jalan dua lorong di mana di
bahu kiri dan kanan dijadikan sebagai parkir haram menyebabkan jalan itu
menjadi sempit dan hanya boleh dilalui di bahagian tengah.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Bagaimanapun, keadaan itu menimbulkan masalah pada pemandu
treler berkenaan yang tidak dapat melepas jalan tersebut, sehingga menyebabkan
bahagian belakang kiri kenderaannya tergesel pada kereta orang awam.
Oleh kerana tiada pilihan lain, pemandu treler itu terpaksa
meneruskan juga pemanduannya dan menyebabkan kereta pacuan empat roda itu calar
dan tayarnya pancit.
Sementara itu di media sosial, netizen memberikan pelbagai
reaksi yang berbeza, namun rata-rata menyalahkan pemilik kenderaan yang
meletakkan kereta di tempat yang tidak sepatutnya.




Ada netizen yang mempersoalkan mengapa pemandu lori
berkenaan mengambil ruang yang terlalu dekat dengan kereta tersebut berbanding
di ruang sebelah kanan yang nyata masih luas.
Namun, jelas segelintir netizen yang lain;
“Lori itu bukan saja-saja nak lanyak kereta itu. Dia
bawa treler, kena ambil ruang untuk peluk. Jadi, kereta itu dah ambil ruang
untuk treler itu belok.
“Treler bukan senang nak handle gerabak belakang, sebab
dia bukan ikut kepala treler sangat,” kata netizen.
Semoga apa yang berlaku menjadi pengajaran kepada golongan
yang suka meletakkan kereta di zon atau tempat-tempat larangan. – The Reporter


Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel