Connect with us

Berita Lain

Wakaf Mek Zainab Musnah Terbakar

Kejadian kebakaran pagi Sabtu menyebabkan 20 unit rumah setinggan di Wakaf Mek Zainab di sini musnah

KOTA BHARU: Jeritan penduduk menyedarkan seorang remaja dan
beberapa penduduk di Wakaf Mek Zainab di sini daripada tidur ketika api sedang
marak membakar 20 unit rumah setinggan di kawasan itu awal pagi Sabtu.

Aliff Zaquan Abdullah, 16, berkata ketika kejadian beliau
bersama ibu dan tiga adiknya sedang tidur dan menyedari tentang kebakaran itu
selepas terdengar bunyi bising jeritan daripada jirannya yang mengatakan rumah
di sebelah sedang terbakar.

Katanya sebaik terjaga beliau terus membuka tingkap di bahagian
dapur rumahnya dan mendapati sebuah rumah yang dihuni oleh seorang lelaki
kurang siuman sedang terbakar.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();


“Saya segera mengejutkan ibu, Nik Irna Mas Idayu Che
Mahmud, 34, dan membawa keluar adik-adik yang berusia satu hingga enam tahun
menyelamatkan diri.Saya hanya sempat menyelamatkan dompet dan telefon bimbit
sahaja kerana mahu cepat keluar daripada rumah,” katanya ketika ditemui
pemberita di tempat kejadian di sini, Sabtu.

Seorang lagi mangsa, Mek Wok Che Ibrahim, 73, berkata beliau
yang tidak dapat berjalan dan berkerusi roda bernasib baik kerana diselamatkan
oleh cucunya yang tinggal bersama.

Mek Wok berkata beliau kerugian puluhan ribu ringgit apabila
kedai runcit yang diusahakan bersama anggota keluarganya yang lain turut musnah
dalam kejadian tersebut.

“Saya menetap di sini lebih 50 tahun dan ini adalah
kali pertama kejadian seumpama ini menimpa penghuni di sini.Syukurlah kesemua
anggota keluarga saya selamat. Selepas ini saya terpaksa menumpang di rumah
sanak-saudara yang tinggal berdekatan,” katanya.

Kejadian pada 2.45 pagi Sabtu menyebabkan 20 unit rumah
setinggan di Wakaf Mek Zainab di sini musnah dalam kebakaran itu. – BERNAMA

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel