Connect with us

Berita Lain

Anina Cabar Syed Saddiq Tunjuk Bukti Ahli Keluar PPBM Terima Dedak

Bekas Ahli Majlis Tertinggi PPBM Anina Saadudin nafi terima tawaran wang. – Foto: New Straits Times



PETALING JAYA: Bekas Ahli Majlis Tertinggi PPBM Anina
Saadudin menepis dakwaan mengatakan bekas pemimpin yang meninggalkan parti itu
ada menerima tawaran wang seperti mana didakwa Ketua Pemuda PPBM Syed Saddiq
Abdul Rahman.


Anina menggesa Syed Saddiq menunjukkan bukti menyokong
dakwaan itu, dan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
(SPRM) agar siasatan boleh dilakukan.

“Saya cabar Syed Saddiq tunjukkan hitam putih bahawa ahli
yang keluar parti terima dedak dan tunjukkan bukti. Bukannya buat sidang media
tapi laporan kepada SPRM tidak buat,” katanya kepada FMT.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Beliau mengingatkan Syed Saddiq supaya bercakap beralaskan
fakta dan bukan didorong emosi semata-mata.

“Jangan kerana saya keluar parti dan tidak setuju dengan
parti dan tak kira sesiapa yang keluar parti maka mereka dilabel sebagai
pemakan dedak,” katanya.

Semalam, Syed Saddiq pada satu sidang media mendakwa ada
“tangan ghaib” cuba merasuah beliau untuk keluar parti dan tawaran sama turut
ditawarkan kepada pemimpin lain yang sudah meninggalkan parti itu.

Beliau mendakwa wang itu ditawarkan dengan syarat beliau
menyerang bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas timbalan perdana
menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas menter besar Kedah, Datuk Seri
Mukhriz Mahathir.

Selain Anina, bekas naib presiden PPBM Datuk Hamidah Osman
juga menafikan ada menerima tawaran wang.

Anina dan Hamidah meninggalkan PPBM pada 16 September lalu
kerana tidak berpuas hati dengan budaya atau amalan dalam parti itu. Sebelum
itu, seorang lagi pengasas bersama PPBM, Kamarulazman Habibul Rahman
meninggalkan parti itu pada April lalu dan mendakwa pemimpin parti mengamalkan
kronisme.

Dalam laporan Julai lalu, Anina sebelum ini pernah berdepan
dakwaan menerima RM7 juta daripada pemimpin parti pemerintah untuk kembali
menyertai Umno.
“Syed Saddiq agak ketinggalan dalam menyuarakan isu dedak
ini. Tiga bulan yang lalu saya telah membuat laporan kepada pihak polis,
Suruhanjaya Komunikasi dan Multmedia Malaysia, SPRM dan lembaga disiplin parti. 

Hari ini, Datuk Hamidah Osman juga mengambil tindakan yang sama dengan
melaporkan dakwaan tersebut di SPRM.” – Free Malaysia Today

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel