Connect with us

Berita Lain

Bapa Iqram Dinzly Meninggal Dunia


PETALING JAYA: Selepas bapa kepada pelakon Beego iaitu
Khalib Abd Majid, 72, meninggal dunia pada Isnin, berita sedih serupa turut
dikongsi oleh Iqram Dinzly yang kehilangan bapanya pada Selasa.
Iqram, 35, menerusi Instagram miliknya memaklumkan bapanya,
Muhammad Saipuddin Ahmad Said meninggal dunia pada 5.35 pagi Selasa dan akan
dikebumikan di Ipoh, Perak.
“Assalammualaikum. Alkisahnya #papakuterlantarlagi berakhir
pukul 5.35 pagi tadi. Selamat pulang menghadap Illahi wahai ayahandaku,
Allahyarham Muhammad Saipuddin Bin Dato Seri Haji Ahmad Said,” tulisnya.
“Jenazah akan dikebumikan hari ini (Selasa) juga tanpa
dilengahkan masa,” tulisnya.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Allahyarham yang menghidap penyakit diabetes dan darah
tinggi turut diserang angin ahmar pada 20 Jun lalu dan kesihatannya merosot
sejak itu.
Iqram juga sering mengemas kini mengenai perkembangan
kesihatan bapanya di Instagram.
Dalam pada itu, Iqram berkata, sebagai anak dia sudah
melakukan yang terbaik bagi menjaga bapanya sepanjang arwah terlantar sakit.
“Saya sudah melakukan yang terbaik sebagai anak walapun saya
bukanlah anak terbaik. Semoga Papa berehat.
“Minta maaf kerana tidak selalu dapat bersama dan tidak
menjadi anak yang baik kepada Papa dan Mama.
“Saya berharap suatu hari nanti kita akan bertemu lagi,”
tulisnya lagi.

Allahyarham ialah anak kepada bekas Menteri Besar Perak
ke-empat iaitu Datuk Seri Ahmad Said.


Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel