Connect with us

Berita Lain

“Belum Pi Perang Udah Lari, Alasan Sambung Belajar”, Armand Sindir Syed Saddiq


Keputusan Ketua Armada Syed Saddiq Syed Abdul
Rahman untuk menyambung pelajaran ke peringkat Sarjana disifatkan sebagai
alasan ‘lari dari perang’ ekoran menyedari bahawa Pakatan Harapan tidak
mendapat sambutan oleh rakyat.
Exco Pemuda UMNO Datuk Armand Azha menerusi
kenyataannya tidak menyebut nama Syed Saddiq namun ianya jelas ditujukan kepada
‘anak emas’ Tun Dr Mahathir Mohamad itu selepas Saddiq mengumumkan bakal
menyambung pelajaran ke Oxford University.
“Belum pi (pergi) PERANG sudah lari, kasi
alasan paling SAFE sambung belajar,” ujar Armand.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Syed Saddiq menerusi laman sosial instagramnya
menyatakan telah menerima tawaran menyambung pelajaran dengan biasiswa penuh ke
Oxford University.
Kata Armand, ramai sudah mempertikaikan pelantikan
Syed Saddiq sebagai Ketua Armada ekoran kekurangan pengalaman didalam politik.
“Modal anda sejak jadi ketua hanya nak ajak
orang BERDEBAT jer, tapi akhirnya bungkus kena ngan Pemuda UMNO bila guna fakta
bukan auta.”
Ujarnya, Saddiq menyedari Pakatan Harapan penuh
dengan fitnah dan politik hasutan namun terlalu ego untuk mengakuinya, lantas
membuat keputusan untuk menyambung pelajaran sebagai jalan keluar.
“Tapi bila hati rasa terlalu berat untuk terus
buat kerja yang diri tau tak betul maka cara terselamat adalah cari alasan
paling agar tidak kena fitnah dan hinaan oleh parti sendiri, kerana tau modus
operandi parti sendiri yang akan menghina siapa sahaja yang keluar SAMPAH,
PEMAKAN DEDAK, PENGKHIANAT dan macam-macam lagi.
Tambah Armand, parti politik yang ditubuhkan kerana
dendam dan hasad dengki tidak akan berjaya kerana akhirnya kebenaran akan
sentiasa mengatasi kebatilan.
“Dalam politik akar umbi banyak lagi
tanggungjawab dan amanah yang harus digalas dari segi kebajikan, pendidikan,
ekonomi, sosal dan bercakap atas pentas.
“Politik bukan sekadar debat adik ku, banyak
lagi,” katanya.

“… apapun selamat sambung belajar pada
beliau, pada yang lain keputusan ditangan anda untuk memilih..Jangan
terperangkap dengan mainan politik nafsu kebencian kerana hati anda akan
senantiasa rasa berat dalam sokongan pada kemungkaran,” nasihat Armand
kepada Saddiq lagi. 

— Malaysian Digest

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel