Connect with us

Berita Lain

Bila Ibu Jadi Penagih, Anak Terbiar Dalam Timbunan Sampah


KOTA BHARU: Tidak pernah ke sekolah, tidak berpakaian, makan
minum tidak terurus, tinggal dalam timbunan sampah, lebih malang ibu seorang
penagih dadah.
Itu nasib lima beradik di Kampung Bawah Lembah, Pintu Geng
di sini yang serba-serbi diabaikan.
Beginilah keadaa tempat mereka tinggal.
Kotor dan busuk, seperti bukan tempat yang sesuai untuk
dipanggil kediaman manusia.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Astro Awani mendapat maklumat mengenai kes berkenaan
meninjau kediaman yang disewa ibu berusia 34 tahun yang berasal dari Tawang,
Bachok.
Alangkah terkejutnya kami apabila sampai di kediaman
tersebut kami melihat keadaan rumah yang buruk dan daif di tambah dengan
persekitaran kotor bersampah dengan ruangan rumah dua tingkat itu yang dipenuhi
dengan sampah dan menjijikkan.
Tiada riak bersalah di wajah wanita yang juga ibu kepada
enam orang anak itu.
Faridah Yaakob, 34 tahun mula menyingkap lebaran kisah
hidupnya. Menurutnya, beliau sudah lama bercerai dengan suami dan anak
sulungnya yang berusia 13 tahun kini dan dijaga bekas ibu mertuanya.
Ketika kami sampai, mereka hanya mengalas perut untuk
“breakfast’ dengan hanya menjamah buah jambu.
Manakala anak kedua, berusia 11 tahun, ketiga berusia 9
tahun, keempat berusia 6 tahun dan bongsu berusia 9 bulan.
Anak Faridah yang boleh bersekolah tidak di hantar ke
sekolah dengan alasan yang tidak didedahkan kepada pihak Astro AWANI.
Anak-anak yang tinggal di rumah timbunan sampah dan daif itu
sayu memandang kehadiran kami, bahkan ketika di tanya sama ada mereka makan
atau belum, mereka menjawab belum menjamah makanan, hanya mengisi perut dengan
jambu.
Dengan pakaian yang kotor dan comot dan berkaki ayam,
keadaan daif kanak-kanak itu mengundang satu persoalan di benak kami: Apakah
nasib anak-anak ini dibiarkan tanpa pernah ke sekolah, hidup dalam timbunan
sampah dan makan minum tidak terurus?
Ibunya pula seolah-olah berada dalam dunianya sendiri tanpa
memikirkan anak-anak yang ingin membesar dengan sempurna seperti kanak-kanak
lain.
Menurut Faridah lagi, kesemua anaknya mempunyai surat
beranak bahkan beliau mengakui bahawa beliau berasal dari Kelantan dan menyewa
di rumah yang seperti rumah “hantu” itu sejak enam tahun lalu dengan sewa RM300
yang dibayar bekas suaminya.
Bercerita tentang bekas suaminya, Faridah berkata setiap
hari bekas suaminya akan membawa makanan untuk anak-anaknya.
Kisah malang dan mengejutkan yang didedahkan ini hasil
beberapa foto yang dihantar oleh pihak tertentu (yang tidak mahu identiti
didedahkan) agar kisah lima beradik yang tidak terurus dan terjaga tanpa
pendidikan mendapat perhatian syarikat.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel