Connect with us

Berita Lain

Danial Dedahkan Ibunya Pernah Jadi Mangsa Penipuan Suspek Penipuan Rumah Murah Yang Ditahan Polis


BEKAS juara program Lawak Solo iaitu Danial mendedahkan
ibunya pernah menjadi mangsa penipuan salah seorang suspek yang ditahan reman
berhubung skim penipuan pembinaan rumah.
Danial berkata, ketika kejadian sekitar 2014, suspek
menggunakan modus operandi berbeza dengan mendakwa dia menjalankan syarikat
pelaburan forex dengan keuntungan singkat bagi memperdaya orang ramai.
Akibat terperdaya dengan suspek, Danial memberitahu wang
pencen ibunya, Rodziah Abdullah sebanyak RM34,500 ditipu suspek sebelum
menghilangkan diri.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Apabila mendapat tahu dia ditahan reman kerana penipuan
rumah kos rendah saya terkejut dia adalah orang sama menipu ibu saya dahulu.
 “Rupa-rupanya dia
masih tidak berubah dan ini adalah balasan dia dapat atas perbuatannya!

“Saya harap dia dikenakan tindakan sewajarnya dan dia insaf
kerana sudah terlalu banyak dia menipu orang,” katanya ketika dihubungi mStar
Online pada Ahad.

Danial bersama ibunya Rodziah Abdullah yang baharu sahaja
pulang daripada mengerjakan ibadah haji baru-baru ini.
Menceritakan kejadian itu, Danial berkata, ibunya bersetuju
membuat pelaburan itu bukan kerana suspek sebaliknya percaya dengan rakan baiknya
yang menjadi orang tengah ketika itu.
Katanya, rakannya itu memberi jaminan pelaburan dibuat itu
selamat namun tidak menyangka dia juga mangsa penipuan suspek.
“Bukan ibu saya sahaja mangsa tetapi ada lebih 20 orang
dengan nilai kerugian jutaan ringgit kesemuanya!
“Ketika itu kami tidak buat laporan polis kerana masih ingin
memberinya peluang membayar kembali tetapi selepas empat tahun satu sen pun
tidak dibayar,” katanya.
Dalam pada itu, Danial berkata, dia pernah merayu kepada
suspek untuk memulangkan wang diambil daripadanya ibunya namun tidak berhasil.
Sebaliknya suspek bijak mencipta seribu satu alasan dan
janji kosong sehinggalah dia menghilangkan diri sebelum namanya kembali menjadi
sebutan kerana penipuan penjualan rumah baru-baru ini.

Antara perbualan Danial dan suspek bagi mendapatkan kembali
wang ibunya.
“Rupa-rupanya dia pun ditipu oleh suspek dan sejak itu saya
sudah cuba pelbagai usaha untuk dapatkan kembali wang berkenaan namun gagal
sampai ibu saya sakit.
“Lama saya tengok dia hilangkan diri sebelum tiba-tiba buka
syarikat baru dan menipu pula orang lain menggunakan modus operandi lain,”
ujarnya.
Sementara itu, Danial berkata, dia mendedahkan perkara itu
kerana tidak mahu melihat lebih banyak mangsa terperdaya dengan apa juga skim
seperti pelaburan atau pun perumahan mampu milik.
“Saya dedahkan perkara ini bukan untuk keruhkan keadaan
tetapi berharap ia jadi pengajaran agar orang diluar sana tidak tertipu dengan
skim mengarut ini.
“Sudah banyak yang terkena terutamanya orang Melayu kita dan
masih banyak syarikat-syarikat yang membuat penipuan seperti ini dan mereka
sangat licik.

“Diharap pengangkapan suspek-suspek itu membuka mata kita
semua agar lebih berhati-hati,” katanya.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel