Connect with us

Berita Lain

Datuk Maznah Hamid Meninggal Dunia


PETALING JAYA: Pengerusi Eksekutif Kumpulan Securiforce Sdn Bhd, Datuk Dr Maznah Hamid meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pada petang Rabu.

Perkara itu disahkan oleh anak sulung Allahyarhamah Maznah, Datin Nur Sharmila Shaheen.

“Allahyarhamah telah kembali ke rahmatullah pada pukul 6 petang tadi di IJN.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Jenazah Allahyarhamah akan dibawa pulang ke kediaman di Ukay Heights, Ampang pada pukul 10 malam ini,” katanya Nur Shamila dalam satu kenyataan pada petang Rabu.

Menurut Nur Shamila, solat jenazah akan diadakan selepas solat Asar pada Khamis di Masjid Darul Ehsan, Taman Tun Abdul Razak (TAR), Ampang.

Beliau menambah, jenazah ibunya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Raudhatul Sakinah, (Karak 2), Taman Selasih di Kuala Lumpur selepas solat Asar.

“Besar harapan kami sekeluarga supaya kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah dan doa kepada ibunda kami dan minta diampunkan dosa-dosa Almarhumah.

“Jika ibunda kami ada berhutang dengan sesiapa, minta mohon berjumpa dengan ahli keluarga secepat mungkin,” ujar Nur Shamila.

Terdahulu Maznah, 62, yang juga Exco Wanita Umno dan lebih dikenali sebagai ‘Iron Lady’ dilaporkan kritikal berikutan berlaku komplikasi pendarahan dalaman selepas menjalani pembedahan jantung pada minggu lalu.

Beliau dimasukkan ke IJN untuk menjalani rawatan sejak 18 September lalu. 

Khamis lalu, beliau dilaporkan menjalani pembedahan jantung terbuka yang pertama pada pukul 9 pagi selepas dua saluran pada injap jantungnya tersumbat.

Maznah dipindahkan ke ICU selepas pembedahan tamat pada pukul 2 petang sebelum pihak IJN terpaksa menjadikan ICU tersebut sebagai bilik bedah untuk menjalankan pembedahan jantung terbuka yang kedua, selepas beliau mengalami pendarahan dalaman yang teruk. – mStar Online

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel