Connect with us

Berita Lain

Dr Mahathir Kata Beliau Kenal H, Tetapi Tidak Rapat

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad – Foto: Malaysian Access

SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad
mengaku mengenali individu H yang didakwa cuba menawarkan RM5 juta kepada Ketua
Armada Bersatu Syed, Saddiq Syed Abdul Rahman untuk meninggalkan parti dan
menyambung pelajarannya ke luar negara.
Bagaimanapun kata Mahathir, beliau tidak mengenali rapat
individu terbabit kerana insan yang mempunyai tingkah laku seperti itu tidak
wujud dalam mana-mana jabatan semasa beliau memegang jawatan sebagai perdana
menteri. 
“Ya saya memang kenal dengan dia (individu H). Tetapi
semasa zaman saya, orang-orang begini tidak ada dalam Umno atau pun dalam
jabatan semasa pementerintahan saya.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Orang-orang begini wujud untuk menjadi orang suruhan
kepada ketuanya,” katanya kepada Sinar Online, hari ini.
Syed Saddiq pada semalam mendakwa Pejabat Perdana Menteri
sengaja menafikan kewujudan individu yang dipercayai dalang rangkaian
sistematik dedak.
Beliau berkata, pihak terbabit sememangnya mengetahui
individu itu ada kaitan dengan jabatan berkenaan.
“Mereka penipu. Saya yakin mereka memang sengaja menggunakan
cara teknikal untuk menafikan individu tersebut mempunyai kaitan dengan Pejabat
Perdana Menteri,” katanya kepada Sinar Harian, hari ini.
Syed Saddiq dalam sidang medianya Isnin lalu mendakwa
ditawarkan RM5 juta daripada ‘penasihat kanan perdana menteri’ untuk
meninggalkan parti dan menyambung pelajarannya ke luar negara.
Menurutnya, umpan wang tunai ditawarkan oleh ‘rangkaian
sistematik dedak’ yang dirancang penasihat kanan itu termasuk geran untuk
mendirikan sekolah debat di seluruh negara. 



Sinar Harian

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel