Connect with us

Berita Lain

Guru Lelaki Dihadapkan Ke Mahkama Atas Tuduhan Cabul Murid Lelaki


PETRA JAYA: Seorang guru lelaki di Sekolah Jenis Kebangsaan
(Cina) di Serian mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini
atas 14 pertuduhan melakukan seks oral dan mencabul lima murid lelaki di
sekolahnya antara Mei hingga Ogos lalu.
Tertuduh, Lai Chee Chiang, 37, dituduh melakukan kesalahan
itu terhadap mangsa yang berusia antara 10 hingga 12 tahun di pejabat Hal Ehwal
Murid (HEM), bilik darjah serta di dalam stor sekolah.
Dia menghadapi tiga pertuduhan mengikut Seksyen 377B Kanun
Keseksaan kerana memaksa seorang murid lelaki berusia 11 tahun melakukan seks
oral di dalam pejabat HEM antara Mei hingga Ogos lalu yang jika sabit kesalahan
boleh dihukum maksimum 20 penjara dan sebatan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Guru terbabit yang diwakili peguam K.C Wong, juga menghadapi
lapan pertuduhan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Jenayah Seksual Terhadap
Kanak-Kanak 2017 kerana mencabul lima murid berusia 10 hingga 12 tahun yang
membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika disabit kesalahan.
Selain itu, dia menghadapi tiga pertuduhan mengikut Seksyen
377 E, Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum lima tahun
penjara dan sebatan, kerana melakukan kelucahan melampau dengan memasukkan
lidah ke dalam mulut dua murid berusia 11 dan 12 tahun di dalam bilik darjah
sekolah yang sama pada bulan Julai dan Ogos lalu.
Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azhari Yusof, dalam hujahnya
memohon Mahkamah supaya tidak membenarkan tertuduh diikat jamin kerana semua
mangsa ialah kanak-kanak.
“Saya memohon supaya tertuduh tidak diikat jamin bagi
melindungi mangsa. Kita tidak mahu dia mengganggu atau berkomunikasi dengan
semua mangsa,” katanya.
Hakim Shafiza Abdul Razak Tready membenarkan permohonan itu
dan menetapkan tarikh perbicaraan kes itu di Mahkamah Kota Samarahan pada 25
Oktober ini. 
– Berita Harian

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel