Connect with us

Berita Lain

Hapus GST Satu Langkah Ke Belakang Kata Najib


PUTRAJAYA: Langkah menggantikan Cukai Barang dan
Perkhidmatan (GST) dengan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) seperti yang
dicadangkan pembangkang adalah langkah ke belakang yang boleh membawa kepada
peningkatan cukai pendapatan dan korporat, kata Datuk Seri Najib Razak.
“GST adalah lebih saksama dan progresif. Semakin banyak
yang anda gunakan, semakin banyak yang anda bayar. Kerana GST, kami dapat
mengurangkan cukai korporat dan cukai pendapatan peribadi,” kata Perdana
Menteri.
Najib yang juga Menteri Kewangan mengulas cadangan Pengerusi
Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad, untuk menghapuskan GST dan
mengembalikan semula SST pada sesi taklimat kepada pengarang media di sini,
hari ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Tahun lalu, Malaysia mengutip RM41 bilion daripada GST.
Najib berkata, ramai orang sudah lupa mengenai yang
dinikmati daripada pelaksanaan GST yang lebih telus menerusi pengurangan besar
dalam cukai korporat dan pendapatan.
“Jika kita kembali semula kepada SST pada kadar sedia
ada, kita hanya boleh mengutip RM20 bilion. Terdapat perbezaan RM20 bilion.
Jadi bagaimana anda hendak menampung kerugian RM20 bilion?
“Jika berpeluang untuk kembali semula kepada SST, cukai
pendapatan individu akan meningkat semula. Adakah anda mahu
menghadapinya?”
Perdana Menteri berkata GST membantu mengurangkan ekonomi
gelap dan menjadikannya lebih sukar bagi mereka yang hendak mengelakkan diri
dari membayar cukai.
Sebagai tambahan, kutipan cukai yang meningkat akan memberi
manfaat kepada rakyat menerusi pembahagian pelbagai perkhidmatan pada kadar
mampu milik.
“Dengan pelbagai perkara yang dilakukan, ada subsidi
tidak langsung yang orang tidak nampak. Tarif elektrik di negara ini adalah
satu daripada yang terendah di dunia berikutan jumlah subsidi gas yang besar.
“Kerajaan tidak membenarkan harga gas meningkat mengikut
harga pasaran. Ia meningkat sedikit demi sedikit, masih jauh di bawah harga
pasaran,” katanya.
Najib berkata Malaysia juga telah mendapat pujian agensi
penarafan antarabangsa kerana memperkenalkan GST dan merasionalisasikan
subsidi.
“Bayangkan jika penarafan kita diturunkan, kos pinjaman
akan meningkat. Ini akan memberi kesan kepada pinjaman kereta, pinjaman
perumahan dan segala-galanya akan naik.
“Sebaik saja sesebuah negara mendapat penarafan yang
menurun, impaknya akan menjadi amat negatif dan akan dirasai oleh rakyat.
“Jadi, jangan ingat semua penarafan ini tidak
membimbangkan rakyat. Ia memberi kesan kepada rakyat. Itulah sebabnya kami amat
prihatin,” katanya.

— Berita Harian

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel