Connect with us

Berita Lain

Himpunan Kleptokrasi Tetap Di Padang Timur – Mat Sabu


PETALING JAYA – Kru keselamatan akan bekerjasama dengan
polis untuk membantu melancarkan aliran trafik di sekitar tapak Himpunan Sayang
Malaysia, Hapuskan Kleptokrasi, Sabtu ini.
Timbalan Presiden Pakatan Harapan, Mohamad Sabu atau lebih
dikenali sebagai Mat Sabu berkata, pihaknya akan menulis surat untuk
memaklumkan perkara itu kepada pihak berkuasa dalam masa terdekat.
“Pihak berkuasa ada hantar surat maklumkan himpunan
tidak sesuai diadakan di Padang Timur sebab masalah trafik.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Kami akan tulis surat untuk bekerjasama dengan polis
untuk memastikan aliran trafik berjalan lancar,” katanya menerusi sidang
media, hari ini.
Menurutnya lagi, padang tersebut mampu menampung jumlah
kehadiran peserta himpunan tersebut.
“Soal kehadiran (peserta himpunan) kita tak dapat
pastikan sebanyak mana, tapi kami yakin tempat ini mampu menerima kehadiran
peserta.
“Himpunan tak besar seperti Himpunan Bersih. Kami akan
menyediakan pasukan keselamatan untuk membantu aliran trafik,” jelasnya.

Sementara itu Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun
ketika bercakap pada sidang media selepas program Breakfast – Talk Integrity,
di Pulapol, Kuala Lumpur hari ini mengesahkan polis tidak membenarkan
penganjuran himpunan tersebut.
Mohamaf Fuzi berkata, setakat ini pihaknya tidak akan
memperakukan permohonan yang dipohon daripada penganjur setelah menerima
beberapa sekurang-kurangnya tidak kurang empat laporan polis.
Menurutnya, semua laporan ini dibuat daripada penduduk
setempat atas banyak alasan isu kesesakan lalu lintas.
Bagaimanapun, polis telah memberikan cadangan himpunan itu
dilakukan di Stadium Kelana Jaya.
Mohamad dalam pada itu gagal dihubungi semula selepas sidang
media berlangsung sebentar tadi.

Sebaliknya Setiausaha Politiknya, Mohamad Azhar berkata,
pihaknya akan memberikan kenyataan baharu esok. – Sinar Online

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel