Connect with us

Berita Lain

Jazlan: Jangan Terlalu Ghairah Dedah Kongsi Gelap, Nanti Terancam


JOHOR BAHRU, 21 Okt — Badan bukan kerajaan (NGO) dinasihati
agar tidak terlalu ghairah dalam membuat pendedahan berhubung kegiatan kongsi
gelap kepada umum bagi mengelak keselamatan diri diancam.       
Sebaliknya kata Timbalan Menteri  Dalam 
Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed, mereka perlu menyalurkan maklumat itu
berserta bukti  kepada polis atau kepada
beliau sendiri untuk tindakan lanjut.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“NGO-NGO jangan terlalu ghairah untuk mendapatkan ‘mileage’
politik semata-mata untuk buat apa-apa tuduhan, nanti keselamatan mereka
sendiri terancam. Kegiatan kongsi gelap ini, mereka mempunyai jaringan dan
pengaruh begitu besar sampai boleh mengancam nyawa dan sebagainya, jadi jangan
kita ambil ringan perkara itu,” katanya kepada pemberita selepas program
bersarapan bersama penduduk Taman Kobena, di sini hari ini.    

Beliau 
mengulas  dakwaan Persatuan
Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bahawa kegiatan judi dan jenayah lain di negara
ini didalangi sembilan ketua atau ‘dragon’, baru-baru ini.         
PPIM turut mendakwa 
menerima  ancaman daripada
sindiket jenayah terbabit setelah maklumat mereka didedahkan oleh persatuan
itu.
Nur Jazlan yang juga Anggota Parlimen Pulai, berkata masalah
kongsi gelap berlaku di mana-mana sahaja dan dalam konteks negara ini kerajaan
mengambil tindakan terhadap mereka yang terlibat secara berterusan.
“Soalnya sekarang, banyak NGO buat tuduhan dan tidak
kemukakan apa-apa bukti pun sama ada sahih atau tidak. Kalau sahih sekalipun,
saya nasihatkan NGO supaya berhati-hati kerana keselamatan diri mereka boleh
terancam kerana mendedahkan aktiviti itu,” katanya.      
Sementara itu, mengenai Bajet 2018 yang akan dibentangkan
pada Jumaat ini, Nur Jazlan berharap kerajaan dapat menimbang untuk
meningkatkan peruntukan Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi memantapkan
penguatkuasaan termasuk menambah pegawai penguat kuasa.
Katanya perkara itu sudah dikemukakan kepada Perdana Menteri
Datuk Seri Najib Tun Razak untuk ditimbangkan.

“KDN terlibat dalam penguatkuasaan dan perkara ini yang
disebut rakyat sebagai satu kelemahan. Ini memerlukan tambahan pegawai
penguatkuasaan, teknologi dan kos penguatkuasaan kerana setiap kali
penguatkuasaan dijalankan, ia akan melibatkan kos peralatan, kenderaan, kerja
lebih masa dan lain-lain,” katanya.— Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel