Connect with us

Berita Lain

Kanak-Kanak 11 Tahun Maut Motosikal Dirempuh Ambulans


TAIPING: Seorang kanak-kanak maut selepas motosikal yang
dinaiki bersama kakaknya dirempuh sebuah ambulans di Jalan Kampung Senduk
Tengah, Changkat Jering, dekat sini hari ini.
Dalam kejadian pada kira-kira pukul 10.30 pagi itu, mangsa,
Ahmad Hazim Ahmad Nazir, 11, di­sahkan meninggal dunia di lokasi kejadian
akibat kecederaan parah di beberapa bahagian anggota badan.
Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Harith Kam Abdullah
berkata, siasatan awal mendapati, kejadian berlaku semasa mang­sa dan kakaknya,
Anira Husna Ahmad Nazir, 12, yang menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar
sedang menuju ke sebuah kedai runcit yang terletak kira-kira 50 meter dari
lokasi kejadian.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Menurut beliau, sebuah ambulans yang dinaiki seorang
jururawat pula ketika itu sedang bergegas dari Klinik Kesihatan Changkat Jering
untuk mengambil pesakit di Kampung Senduk, lapor Utusan Online.
“Sewaktu tiba di lokasi kejadian, motosikal yang dinaiki
kanak-kanak itu dipercayai keluar secara tiba-tiba dari simpang kiri menghala
ke Changkat Jering.
“Akibatnya ambulans berke­naan tidak sempat mengelak sebelum
merempuh motosikal dinaiki mangsa,” katanya.
Harith Kam memberitahu, mangsa disahkan meninggal dunia di
lokasi kejadian manakala kakaknya mengalami kecede­raan parah di beberapa
anggota badan.
Ujarnya, pemandu ambulans yang berusia 43 tahun dan
jururawat berusia 31 tahun hanya mengalami kecederaan ringan.
“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Taiping untuk dibedah
siasat. Siasatan masih diteruskan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pe­ngangkutan
Jalan 1987,” katanya.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel