Connect with us

Berita Lain

Kes Pecah Botol Arak: Jamal, Tujuh Pekerja Direman Tiga Hari


SHAH ALAM — Pengerusi Gabungan Gerakan Merah Malaysia Datuk
Seri Jamal Md Yunos dan tujuh pekerjanya yang ditahan awal pagi tadi direman
tiga hari bermula hari ini susulan tindakan memecahkan botol arak di hadapan
Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK) di sini, semalam.
Perintah tahanan reman dikeluarkan oleh Majistret P.
Sarulatha mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah di Mahkamah Majistret, di
sini hari ini.
Mereka disiasat di bawah Seksyen 143 Kanun Keseksaan iaitu
menyertai satu perhimpunan haram dan dibaca bersama Seksyen 268 Kanun Keseksaan
kerana menyebabkan kemudaratan awam ekoran tingkah laku yang dilakukan oleh
peserta perhimpunan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Peguam Khairul Anuar Kashim yang mewakili kesemua suspek
ketika ditemui pemberita berkata pekerja-pekerja Jamal yang ditahan terdiri
daripada pemandu dan pengawal peribadinya.
Beliau berkata ketika ditahan di sebuah restoran di
Sekinchan, Sabak Bernam kesemua anak guamnya memberi kerjasama yang baik kepada
pihak polis.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Fadzil Ahmat
dalam satu kenyataan awal pagi tadi mengesahkan Jamal dan tujuh yang lain
ditahan kira-kira pukul 1.45 pagi.
Dalam kejadian kira-kira 10 pagi semalam, Jamal dan anggota
gabungan itu bertindak memecahkan kira-kira 100 botol minuman keras di hadapan
pintu masuk utama bangunan SUK, sebagai simbolik bantahan terhadap sebarang
penganjuran pesta arak di negeri ini.
Tindakan itu susulan kenyataan Menteri Besar Selangor Datuk
Seri Mohamed Azmin Ali yang dilaporkan berkata penganjuran pesta makanan dan
minuman Jerman termasuk arak yang dijadual berlangsung di sebuah pasar raya di
Klang minggu depan boleh dibenarkan asalkan telah menepati syarat dan peraturan
yang ditetapkan oleh polis serta Majlis Perbandaran Klang (MPK).
Pada Isnin lepas, Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi
Harun berkata pihaknya kekal dengan pendirian untuk tidak membenarkan
penganjuran pesta itu ekoran wujud ancaman militan berkaitan acara berkenaan
dan menasihatkan MPK untuk tidak membenarkan penganjuran acara itu.
Yang Dipertua MPK Datuk Mohamad Yasid Bidin pula mengakui
pihaknya menangguhkan kelulusan  permit
sementara penganjuran pesta itu berikutan kegagalan penganjur mematuhi
syarat-syarat yang ditetapkan antaranya kebenaran daripada pihak polis. 
– BERNAMA

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel