Connect with us

Berita Lain

Kes Saman Fitnah Ab Rauf Terhadap Ahli PPBM Selesai


KUALA LUMPUR: Kes saman fitnah difailkan Datuk Seri Ab Rauf
Yusoh terhadap anggota Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Ridwan Abu Samah,
diselesaikan selepas defendan membuat permohonan maaf secara terbuka di
Mahkamah Tinggi, di sini, hari ini.
Ridwan yang juga bekas Ketua Pendaftar PPBM Bahagian Masjid
Tanah, Melaka, membaca penghakiman persetujuan dan direkodkan di hadapan
Pesuruhjaya Kehakiman, Datin Faizah Jamaludin.
Dalam penghakiman persetujuan itu, Ridwan selaku defendan
menyatakan penyesalan atas kesalahan beliau berhubung status dan status
bergambar yang dimuat naik di laman Facebook atas nama ‘Wan Motor’ dan ‘PPBM
Masjid Tanah’, lapor BH Online.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Adalah dalam pengetahuan saya bahawa status bergambar
itu adalah mengenai resort di Masjid Tanah yang dimiliki oleh keluarga plaintif
(Ab Rauf) dan didaftarkan atas nama abang plaintif, Husin Yusoh.
“Saya menyatakan penyesalan saya atas kesalahan sendiri
kerana memahami gambar itu daripada konteks yang salah,” katanya.
Sehubungan itu, beliau menarik semula penyataan status dan
status bergambar seterusnya berjanji tidak akan menerbitkan perkara sama pada
masa depan.
Peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun yang mewakili Ab Rauf yang
juga Setiausaha Kerja UMNO itu turut membacakan kenyataan balas terhadap
penghakiman persetujuan itu dan ia akan menjadi penyelesaian penuh dan muktamad
bagi tuntutan plaintif terhadap defendan.
“Kesanggupan defendan menzahirkan penyesalan paling
mendalam atas penerbitan status dan status bergambar serta aku janji yang
dibuat untuk tidak menerbitkan penyataan berunsur fitnah terhadap plaintif pada
masa akan datang, plaintif dengan ini menerima pernyataan (permohonan maaf)
defendan.
“Defendan juga akan memuat naik kenyataan berhubung
penghakiman persetujuan dalam akaun Facebook miliknya dalam tempoh tujuh hari
dari tarikh penghakiman persetujuan ini,” katanya.
Terdahulu Hafarizam memaklumkan kepada mahkamah bahawa
kedua-dua pihak bersetuju untuk merekodkan penghakiman persetujuan itu dan
membuat permohonan maaf secara terbuka.
Sementara itu, dalam prosiding itu juga, Mohamed Haniff
Khatri Abdullah, berkata bahawa beliau diberhentikan perkhidmatan sebagai
peguam kepada Ridwan.
“Saya telah menerima surat daripada anak guam, semalam
untuk memberhentikan khidmat saya sebagai peguam. Tujuan saya datang hari ini
untuk rekod mahkamah,” katanya.
Sepatutnya hari ini ditetapkan perbicaraan kes untuk Mohamed
Haniff meneruskan prosiding pemeriksaan balas terhadap Ab Rauf.
Pada 5 Januari lalu, Ab Rauf, atas kapasiti peribadinya,
memfailkan saman mendakwa Ridwan ada memuat naik status dan status bergambar
dalam Facebook miliknya yang didakwa mengandungi perkataan memfitnahnya.
Dalam pernyataan tuntutan, Ab Rauf mendakwa perkataan fitnah
itu antara lain membawa maksud bahawa plaintif seorang yang tidak jujur dan
menggunakan kedudukan, jawatannya untuk mengaburi dan membeli hati rakyat
khususnya penduduk di kawasan Masjid Tanah.

Oleh itu, plaintif menuntut ganti rugi am, ganti rugi
tambahan dan teladan, faedah, injunksi untuk menghalang defendan atau ejennya
daripadanya menerbitkan semula perkataan fitnah itu.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel